Monday, February 9, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Star: Fitnah jahat pembangkang gugat perpaduan GRS

by borneo-editor
December 26, 2024
in Malay
0
Star: Fitnah jahat pembangkang gugat perpaduan GRS

YB Senator Datuk Edward Linggu - Setiausaha Agung Star

234
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU | 24 Dis 2024: Baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan provokatif yang mencadangkan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan untuk menggantikan Ketua Menteri sedia ada.

Setiausaha Agung Star Sabah, Senator Datuk Edward Linggu berkata, susulan mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini, adalah ditegaskan bahawa presiden dan parti Star tidak pernah memikirkan keadaan sedemikian dan kecelaruan seperti itu hanyalah fitnah yang bertujuan memprovokasi dan menimbulkan perpecahan serta kekeliruan di kalangan parti GRS.

“Keadaaan itu ditimbulkan gerakan politik terancang pihak pembangkang bertujuan menggugat kestabilan pentadbiran GRS supaya mereka dapat mengambil alih Kerajaan Negeri dengan mudah. Mereka akan menggunakan taktik kotor seperti manipulasi media untuk mencapai cita-cita politik mereka yang mementingkan diri,” katanya.

Namun, Linggu menegaskan bahawa pentadbiran GRS akan terus kekal kukuh, stabil dan bersatu. Parti Star mengesahkan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Hj Noor dan tidak melihat sebarang keperluan untuk beliau meletak jawatan.

Menurut Linggu, Star Sabah juga amat percaya bahawa dengan kestabilan bersatu di bawah kepimpinan Ketua Menteri dan visi serta perjuangan gigih Dr. Jeffrey sebagai Timbalan Ketua Menteri, Sabah berada pada kedudukan yang paling kuat untuk memperjuangkan Hak Sabah dan menjaga kepentingan Negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Linggu berkata kenyataan Ketua Wiranita Star Sabah, Kerry Chee, adalah pendapat peribadinya dan tidak mencerminkan pendirian Parti mengenai perkara tersebut.

“Kerry telah diberi nasihat mengenai perkara ini dan telah menerima nasihat Parti. Kami juga telah menasihati ahli-ahli kami agar berhati-hati terhadap provokasi jahat pihak pembangkang dan tidak terlibat dalam postingan fitnah mereka,” kata Linggu.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

Load More
Next Post
Kerjasama erat PBS-STAR kekal kerajaan GRS selepas PRN17

Kerjasama erat PBS-STAR kekal kerajaan GRS selepas PRN17

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.