Saturday, July 11, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

UMS Laksana Misi Pengantarabangsaan Akademik di Bangkok, Thailand

by borneo-editor
June 24, 2026
in Malay
0
UMS Laksana Misi Pengantarabangsaan Akademik di Bangkok, Thailand

Dr Pasuree, Dr Ismail dan rombongan PPIB di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

125
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

BANGKOK, 24 Jun 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui penerokaan kerjasama akademik bersama dua institusi pendidikan tinggi terkemuka Thailand iaitu Universiti Chulalongkorn dan Srinakharinwirot University International College (SWUIC).

Inisiatif itu dilaksanakan selaras dengan 5 Lensa Amanat Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur yang memberi penekanan kepada usaha memperluas jaringan strategik universiti di peringkat antarabangsa.

5 Lensa Amanat Naib Canselor UMS menjadi panduan memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti.

Delegasi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS yang diketuai Dekannya, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali mengadakan kunjungan akademik ke Universiti Chulalongkorn bagi meneroka kerjasama penawaran kursus bahasa Thai serta program mobiliti akademik.

Dekan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Chulalongkorn, Prof. Madya Dr. Pasuree Luesakul berkata, universiti itu menyediakan pelbagai program jangka pendek bagi memberi peluang kepada ahli akademik antarabangsa meningkatkan kemahiran bahasa dan memperkukuh jaringan kerjasama rentas negara.

“Universiti Chulalongkorn mempunyai program kursus jangka pendek yang dirangka khusus untuk pensyarah luar negara bagi meningkatkan kemahiran bahasa, selain membuka ruang kepada kerjasama akademik, penyelidikan dan mobiliti ilmu,” katanya.

Menurut Dr. Pasuree, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan pensyarah UMS dalam kursus jangka pendek bahasa Thai yang ditawarkan melalui Pusat Bahasa Thai Sebagai Bahasa Asing.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua universiti turut membincangkan pelaksanaan program mobiliti pensyarah dan pelajar sebagai usaha memperkukuh hubungan akademik Malaysia -Thailand dalam kerangka ASEAN.

Sementara itu, Dr. Ismail berkata, PPIB UMS turut bersedia menawarkan kursus intensif bahasa Inggeris kepada pelajar Thailand yang berhasrat melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan.

Katanya, PPIB ketika ini menawarkan pelbagai kursus bahasa merangkumi bahasa asing, bahasa etnik Sabah serta bahasa kebangsaan negara ASEAN, selain merancang penawaran bahasa Thai bagi memperkukuh kefahaman silang budaya.

“Penguasaan bahasa negara ASEAN bukan sahaja meningkatkan komunikasi, malah menjadi jambatan penting dalam memperkukuh hubungan ilmu, budaya dan masyarakat serantau,” katanya.

Pengarah Pusat Bahasa Thai Sebagai Bahasa Antarabangsa Universiti Chulalongkorn, Dr. Kiat Thepchuaysuk pula berkata, universiti itu mempunyai pengalaman luas menjalankan program akademik bersama pelbagai rakan strategik dari ASEAN dan antarabangsa.

Selepas kunjungan tersebut, delegasi PPIB UMS meneruskan lawatan akademik ke Srinakharinwirot University International College (SWUIC).

Delegasi berkenaan disambut Dekan Kolej Pengajian Kelestarian Antarabangsa SWUIC, Dr. Thanakorn Thongprayoon bersama Timbalan Dekan, Dr. Napapach Padermprach dan pensyarah kanan kolej tersebut.

Lawatan itu turut menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat (LOI) antara PPIB UMS dan SWUIC sebagai asas kepada kerjasama strategik dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta mobiliti akademik pada masa hadapan.

Dr Pasuree dan Dr Ismail bertukar cenderahati.
Kunjungan delegasi PPIB UMS ke Srinakharinwirot University International College (SWUIC).
Dr Thanakorn dan Dr Ismail bertukar dokumen LOI.
Dekan PPIB Dr Ismail dan rombongan PPIB mendengar taklimat kursus bahasa asing di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

by borneo-editor
June 22, 2026
0

BANGKOK, 22 Jun 2026 – Kedutaan Besar Malaysia di Thailand bersedia memudah cara usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh jaringan...

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

by borneo-editor
May 23, 2026
0

KOTA KINABALU: Cabaran ekonomi global yang melanda dunia ketika ini tidak menjejaskan penganjuran Karnival Keusahawanan Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) Universiti...

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Load More
Next Post
Gimbang: Jika Bukan Dr Jeffrey dan STAR, Siapa Lagi Akan Terus Perjuang Hak Sabah?

Gimbang: Jika Bukan Dr Jeffrey dan STAR, Siapa Lagi Akan Terus Perjuang Hak Sabah?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.