Friday, July 3, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Gimbang: Jika Bukan Dr Jeffrey dan STAR, Siapa Lagi Akan Terus Perjuang Hak Sabah?

by borneo-editor
July 3, 2026
in Uncategorized
0
Gimbang: Jika Bukan Dr Jeffrey dan STAR, Siapa Lagi Akan Terus Perjuang Hak Sabah?

Gimbang (ke-3 kanan) bergambar bersama selepas perjumpaan pemimpin Star Kiulu dan Tamparuli.

1
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TAMPARULI, 2 Julai – Rakyat Sabah perlu mempertahankan sokongan terhadap Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kerana sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan menuntut hak-hak Sabah tidak datang secara mudah, sebaliknya lahir daripada pengorbanan dan keteguhan pemimpin yang sanggup berhadapan pelbagai cabaran politik demi kepentingan negeri.

Pemangku Timbalan Presiden STAR, Datuk Lawrence Gimbang berkata, Presiden STAR, Dr Jeffrey G. Kitingan telah menghabiskan sebahagian besar perjalanan politiknya memperjuangkan isu-isu melibatkan hak Sabah, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), autonomi negeri serta agenda “Sabah for Sabahan” jauh sebelum isu-isu tersebut menjadi arus perdana dalam politik negara.

“Perjuangan ini bukan bermula semalam dan bukan juga perjuangan bermusim menjelang pilihan raya. Ia adalah perjuangan yang menuntut keberanian politik, kesabaran dan pengorbanan yang besar,” katanya.

Menurut beliau, ketika ramai menganggap perjuangan berhubung MA63 dan hak-hak Sabah sebagai isu pinggiran, Dr Jeffrey telah membawa suara rakyat Sabah ke pelbagai peringkat tanpa pernah berganjak daripada prinsip perjuangan tersebut.

Gimbang menambah, pelbagai tuntutan yang kini menjadi agenda nasional berkaitan Sabah sebenarnya telah lama diperjuangkan oleh Dr Jeffrey dan STAR ketika ramai pihak masih memilih untuk berdiam diri.

Beliau berkata, rakyat Sabah sewajarnya menilai bukan sahaja janji politik, tetapi juga rekod perjuangan dan konsistensi kepimpinan dalam mempertahankan kepentingan negeri.

“Persoalan yang perlu ditanya oleh rakyat Sabah hari ini ialah, jika bukan STAR dan jika bukan Dr Jeffrey yang terus membawa isu hak Sabah secara konsisten selama ini, siapakah lagi yang sanggup melakukannya dengan keberanian dan ketegasan yang sama?” katanya.

Gimbang berkata demikian ketika menghadiri pertemuan bersama pemimpin akar umbi STAR Bahagian Tamparuli yang diketuai John Jinitoh dan STAR Bahagian Kiulu yang dipimpin Terence Sinti di sini pada Khamis.

Turut hadir Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu Bukut, Ketua Penerangan STAR, Anuar Ghani serta Ketua Bahagian STAR Sulaman, Datuk Kalakau Untol.

Gimbang berkata, menjelang pilihan raya akan datang, rakyat Sabah berdepan pilihan sama ada untuk terus memperkukuh mandat kepada parti tempatan yang menjadikan hak dan masa depan Sabah sebagai teras perjuangan atau kembali kepada politik lama yang meletakkan kepentingan negeri di kedudukan kedua.

Menurut beliau, sokongan kepada STAR bukan sekadar soal mempertahankan sebuah parti politik, tetapi mempertahankan kesinambungan perjuangan untuk memastikan Sabah memperoleh haknya yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pertemuan itu, para pemimpin turut merangka beberapa program bersama akar umbi yang bakal dihadiri oleh Presiden STAR dalam masa terdekat bagi memperkukuh gerak kerja parti dan memperluaskan penerangan mengenai agenda perjuangan Sabah kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Gimbang (ke-4 kanan) makan tengahari bersama pemimpin Star Kiulu dan Tamparuli.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Projek Pemindahan Ilmu Pemasaran Produk Berasaskan Bawing Perkasa Usahawan Wanita IKS Kota Belud

Projek Pemindahan Ilmu Pemasaran Produk Berasaskan Bawing Perkasa Usahawan Wanita IKS Kota Belud

by borneo-editor
May 20, 2026
0

KOTA KINABALU, 14 Mei – Program Projek Pemindahan Ilmu Pemasaran Produk Berasaskan Bawing dalam kalangan Persatuan Usahawan Wanita Industri Kecil...

Mahkamah Adat Sabah peroleh impak positif Fakulti Undang-Undang UMS

Mahkamah Adat Sabah peroleh impak positif Fakulti Undang-Undang UMS

by borneo-editor
January 25, 2026
0

KOTA KINABALU: 19-1-2026 - Mahkamah Anak Negeri Sabah bakal menerima impak positif dari Penubuhan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaysia Sabah...

Ishak, Gimbang dilantik Pemangku Timbalan Presiden Star

Ishak, Gimbang dilantik Pemangku Timbalan Presiden Star

by borneo-editor
December 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi hari ini mengumumkan pelantikan jawatan untuk mengisi...

Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

by borneo-editor
September 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Rakaman video yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G Kitingan sebagai menerima wang RM1.78 juta...

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

by borneo-editor
June 22, 2025
0

TELIPOK: 21 Jun 2025 - Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung dilaksanakan buat julung kalinya tahun ini di tebing Sungai Telipok...

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

by borneo-editor
December 24, 2024
0

Oleh David E Gilingan KOTA KINABALU | 23 Dis 2024: Rakyat Sabah merayakan semua perayaan kerana sebahagian besar di kalangan...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.