Wednesday, June 24, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Chulalongkorn Sedia Tawar Persijilan Perguruan Bahasa Thai kepada Pensyarah UMS

by borneo-editor
June 24, 2026
in Malay
0
Chulalongkorn Sedia Tawar Persijilan Perguruan Bahasa Thai kepada Pensyarah UMS

Dr Pasuree, Dr Ismail dan rombongan PPIB di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

3
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

BANGKOK, 24 Jun 2026 – Pusat Bahasa Thai sebagai Bahasa Antarabangsa, Universiti Chulalongkorn bersedia menawarkan kursus persijilan perguruan kepada pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Naib Canselor Prof Datuk Dr Kasim Mansur bagi menyokong usaha menawarkan bahasa Thai di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Dekan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Chulalongkorn, Prof Madya Dr Pasuree Luesakul berkata, universiti itu turut membuka peluang kepada pensyarah UMS mengikuti kursus jangka pendek bahasa Thai sebagai langkah memperkukuh jaringan akademik, penyelidikan dan mobiliti ilmu dalam kalangan negara ASEAN.

“Universiti Chulalongkorn mempunyai program kursus jangka pendek yang dirangka khusus untuk memberi peluang kepada pensyarah luar negara meningkatkan kemahiran bahasa serta memperkukuh kerjasama akademik rentas negara,” katanya.

Ketika menerima kunjungan delegasi PPIB UMS diketuai Dekan Prof Datuk Dr Ismail Ali, di kampus universiti itu di Bangkok, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan program latihan bahasa secara fleksibel di luar kalendar akademik utama bagi memudahkan penyertaan pensyarah antarabangsa.

Dalam pertemuan itu, Dr Ismail turut memaklumkan, PPIB juga bersedia menawarkan kursus intensif bahasa Inggeris kepada kalangan pelajar dari Thailand yang bakal melanjutkan pengajian ke UMS.

Ketika ini, katanya PPIB sedang menawarkan pelbagai kursus bahasa asing dan etnik Sabah, di samping bahasa kebangsaan negara-negara ASEAN, termasuk perancangan penawaran bahasa Thai bagi memperkukuh kefahaman silang budaya di rantau ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Bahasa Thai sebagai Bahasa Antarabangsa, Dr Kiat Thepchuaysuk berkata, Chulalongkorn mempunyai pengalaman luas melaksanakan pelbagai program akademik bersama rakan strategik dari negara ASEAN dan antarabangsa.

Selepas perbincangan tersebut, delegasi PPIB UMS meneruskan kunjungan akademik ke Srinakharinwirot University International College (SWUIC).

Delegasi berkenaan disambut Dekan Kolej Pengajian Kelestarian Antarabangsa, Dr Thanakorn Thongprayoon bersama Timbalan Dekan, Dr Napapach Padermprach beserta para pensyarah kanan dengan menyampaikan taklimat dan perbincangan tentang peluang kerjasama akademik di antara kedua-dua institusi.

Lawatan itu turut menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat (LOI) antara PPIB UMS dan SWUIC sebagai asas kepada kerjasama strategik dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta mobiliti akademik pada masa hadapan.

Dr Pasuree dan Dr Ismail bertukar cenderahati.
Kunjungan delegasi PPIB UMS ke Srinakharinwirot University International College (SWUIC).
Dr Thanakorn dan Dr Ismail bertukar dokumen LOI.
Dekan PPIB Dr Ismail dan rombongan PPIB mendengar taklimat kursus bahasa asing di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

by borneo-editor
June 22, 2026
0

BANGKOK, 22 Jun 2026 – Kedutaan Besar Malaysia di Thailand bersedia memudah cara usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh jaringan...

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

by borneo-editor
May 23, 2026
0

KOTA KINABALU: Cabaran ekonomi global yang melanda dunia ketika ini tidak menjejaskan penganjuran Karnival Keusahawanan Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) Universiti...

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.