Saturday, May 10, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar lonjak pendapatan petani

by borneo-editor
April 17, 2025
in Malay
0
Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar lonjak pendapatan petani

Dr Jeffrey menggulung perbahasan di DUN Sabah.

51
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: 16 April 2025 – Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) dilancarkan sebagai langkah strategik melonjak pengeluaran hasil pertanian demi memacu pertumbuhan ekonomi petani sara diri.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, RAER juga bertujuan memperkukuh keterjaminan makanan di negara ini.

“RAER diselaraskan oleh MAFFI bersama kementerian, jabatan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dan pihak berkepentingan lain,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menegaskan pelaksanaan merangkumi peningkatan kesedaran dan penglibatan komuniti, pengukuhan kerjasama kerajaan-swasta-rakyat, serta penubuhan unit khas pemantauan dan penyelarasan dalam MAFFI.

Menurut Dr Jeffrey, RAER menyasarkan penyertaan 100,000 individu atau isi rumah, dengan penekanan keusahawanan, inovasi, dan kecemerlangan.

“Fokus utama adalah pengurusan tanah, tenaga kerja, dan sumber berkaitan, memanfaatkan 10 peratus daripada 3 juta hektar tanah bergeran berstatus Native Title (NT),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.

Program yang dirancang termasuk penanaman tanaman bernilai tinggi, akuakultur air tawar, penternakan, dan pemprosesan, industri asas tani. Slogan “Unity is Duty” akan dipromosikan sebagai elemen penyatuan.

Selain RAER, MAFFI juga meneruskan Program Pemodenan Penanaman dan Pengeluaran Padi di bawah Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) serta pembangunan tanah terbiar. Langkah proaktif diambil bagi menangani impak perubahan iklim terhadap sekuriti makanan.

Pelancaran RAER dijadual Mei 2025 dengan anggaran peruntukan RM60 juta untuk tempoh enam tahun (2025-2030).

“MAFFI memainkan peranan penting sebagai agensi peneraju dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan RAER, dengan harapan dapat mentransformasikan ekonomi luar bandar, seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau turut memaklumkan, Mesyuarat Jemaah Menteri 12 Mac 2025 telah meluluskan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA).

“SAMA yang akan diselia oleh MAFFI bertujuan untuk mengawal selia, mentadbir, dan memasarkan produk pertanian Sabah, khususnya dari kawasan luar bandar,” katanya.

Menurutnya, penubuhan SAMA bertujuan untuk membantu petani dan pengusaha pertanian kecil di Sabah di mana hasil pertanian mereka masih berada di tahap sara diri dan kurang mencapai tahap pemasaran komersial.

Dr Jeffrey menjangkakan fokus SAMA terhadap pemasaran hasil pertanian mampu memberi impak positif terhadap pembangunan sub-sektor tanaman di Sabah, kerana para petani akan dapat menumpukan usaha meningkatkan hasil pertanian tanpa perlu risau tentang aspek pemasaran.

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Sodop Huminodun bangkit semangat membara pelancaran Kaamatan 2025

Sodop Huminodun bangkit semangat membara pelancaran Kaamatan 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.