Wednesday, May 14, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Doktor perubatan bermotosikal maut bertembung kenderaan

by borneo-editor
September 6, 2023
in Malay
0
Doktor perubatan bermotosikal maut bertembung kenderaan

Suasana kejadian maut seorang doktor

111
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Seorang doktor perubatan berusia 30 tahun maut bertembung motokar yang dipandu wanita tempatan berusia 38 tahun berhampiran Simpang Rangas.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt Mohd Hamizi Bin Halim berkata doktor yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian pada jam 7.50 pagi Rabu, 06 Sept.

“Doktor lelaki itu maut dalam kejadian di selekoh dari arah jalan Bukit Kalam menghala ke Jalan Sg. Bedaun – Jalan Bebuloh,” katanya.

Mohd Hamizi memberitahu siasatan mendapati mangsa gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya apabila melalui selekoh ke kiri sebelum masuk lorong pemandu wanita berkenaan.

Akibat kemalangan itu katanya, mangsa cedera parah dan petugas ambulans mengesahkan mangsa meninggal di tempat kejadian sebelum dibawa kenderaan polis ke Unit Forensik Hospital Nukleus Labuan.

Kes kemalangan mangsa yang dikenali Harivin A/L Longanathan dari Chemor, Perak disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Bersama mengangkat martabat PPIB, menghindar fikiran penjajah

Bersama mengangkat martabat PPIB, menghindar fikiran penjajah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.