Sunday, August 31, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Media dalam pembangunan Wilayah Persekutuan Malaysia

by borneo-editor
September 3, 2023
in Malay
0
Media dalam pembangunan Wilayah Persekutuan Malaysia

Media Labuan di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur

28
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh Henry Bating

WILAYAH Persekutuan menempatkan media sebagai rakan strategik penting melaksanakan program pembangunan, antaranya dengan meletakkan Persatuan Penggiat Media Labuan sebagai entiti penting dalam rantaian agensi penyampai berita rasmi kepada orang ramai.

Pada tahun 2022 ketika Wilayah Persekutuan ditadbir urus di bawah sebuah kementerian, Media Labuan diberi tanggungjawab meninjau panorama Langkawi UNESCO Global Geopark menjelang pelaksanaan konsep sama pelancongan di Labuan.

Manakala pada tahun 2023 ketika Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengambil alih tadbir urus kementerian,  Media Labuan dalam lawatan sempena sambutan kemerdekaan 30 Ogos – 2 Sept 2023 terus diberi tanggungjawab dan kali ini meninjau sistem percukaian tanah dan galian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kedua-dua tinjauan tersebut yang diurus-setiakan Perbadanan Labuan (PL) menerima perhatian langsung dari pengurusan tertinggi Wilayah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim selaku menteri pada tahun 2022 dan Datuk Seri Rosidah Jaafar selaku Ketua Pengarah di bawah Jabatan Perdana Menteri tahun ini.

Rosidah ketika pertemuan santai dengan Media Labuan di Putrajaya

Turut serta dalam rombongan Media Labuan diketuai Presiden Jainudin Djimin ialah Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan, Ketua Biro Bernama Labuan, Jailani Hasan, wakil-wakil media awam dan swasta serta urus setia dari PL.

Wakil-wakil media terdiri dari Muhammad Khairul Azad Yunus, Ramlen Salleh, Henry Bating, Mohd Izuandi Jaludin, Harjay Wandy Jack, Khairul Idin, Lo Pei Ling, Jeffrey Nian dan Tong Piak Kong.

Manakala urus setia pengiring PL terdiri dari Mohammad Khairul Yakop, Nazera Roslan, Azmi Mohd Jandi dan Hj Gafar Yunus @ Roberth.

Dalam perbincangan bersama menteri tahun lalu, Shahidan menjelaskan tentang pelaksanaan Labuan Geopark serta sektor perekonomian kecil dan sederhana bagi mendukung pelancongan berkonsep geopark.

Perbincangan dilanjutkan tahun ini di mana Ketua Pengarah, Rosidah menyentuh tentang sambutan 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan pada tahun hadapan (2024) yang memerlukan keterlibatan seluruh jabatan dan agensi dalam Wilayah Persekutuan.

Sebelum pertemuan santai di Menara Seri Wilayah Putrajaya itu, rombongan Media Labuan menyempatkan diri berkunjung ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dan Royal Selangor – destinasi berkonsep muzium dan pengilangan pewter tertua di Malaysia.

Di dua tempat tersebut, Media Labuan mencerna signifikan kemerdekaan dengan mempelajari guna tanah sebagai sumber galian dan mengeksplorasi bahan galian ke dalam pelbagai produk pengguna dan cenderamata berasaskan galian timah.

Kewujudan bengkel memproses bahan timah lebih seabad lalu menunjukkan kemerdekan memiliki nilai penting kepada penduduk untuk mencapai kemahiran profesional mengolah sumber bumi sebuah negara merdeka.

Media Labuan di Dataran Merdeka
Royal Selangor – muzium dan pengilangan bahan timah
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
Doktor perubatan bermotosikal maut bertembung kenderaan

Doktor perubatan bermotosikal maut bertembung kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.