Monday, April 27, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Mohd Rafi seru generasi muda perjuang warisan Seni Silat Melayu

by borneo-editor
July 4, 2023
in Malay
0
Mohd Rafi seru generasi muda perjuang warisan Seni Silat Melayu

Mohd Rafi (keenam kiri) merasmikan Gelanggang Tg Aru

97
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Generasi muda  diseru untuk terus memperjuangkan warisan seni silat Melayu yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, seni silat Melayu bukan sahaja untuk kemahiran mempertahankan diri tetapi juga sebagai sukan yang memperjuangkan seni, budaya dan warisan masyarakat Melayu.

 “Ilmu persilatan bukan semata-mata mempertahankan diri tetapi juga boleh melahirkan atlet seni silat melalui acara sukan,” katanya ketika berucap merasmikan Gelanggang Silat Cengkam Harimau Ghaib Kampung Tanjung Aru.

Malahan tambahnya, di peringkat sekolah silat ini telah dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum dan kini merupakan salah satu acara di Sukan Olimpik.

Mohd Rafi (ketiga kiri) menyampaikan ‘punching bag’ kepada Timbang Sulaiman

Mohd Rafi turut menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan PESAKA Labuan dan juga Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Labuan yang telah berjaya melahirkan beberapa atlet.

Antaranya pesilat mewakili negara di pentas antarabangsa seperti Amir Abdul Rahman yang pernah meraih pingat di Sukan Asia di Busan Korea 2012.

Seorang lagi atlet silat wanita ialah Siti Shazwana Ajak yang pernah menyumbang pingat emas di kejohanan Silat Kebangsaan 2022.

“Malah seorang daripada pesilat wanita PESAKA Labuan iaitu Hamidah Mulok  pernah dilantik sebagai jurulatih silat seni olahraga wanita Kebangsaan  dan ini sudah pasti menjadi kebanggaan warga Labuan,” katanya lagi.

Mohd Rafi beramah mesra dengan para pesilat muda Cengkam Harimau Ghaib

Beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu PESAKA Labuan mendapatkan dana di samping membantu jurulatih silat wanita kebangsaan (Hamidah Mulok) agar khidmatnya sebagai jurulatih yang telah tamat 2022  dapat disambung semula.

“Saya akan berbincang dengan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin untuk membantu PESAKA Labuan mendapatkan dana di samping menyuarakan sokongan supaya jurulatih silat wanita kebangsaan Hamidah Mulok dapat  disambung semula,” jelasnya lagi.

Pada majlis itu Mohd Rafi turut menyumbang ‘punching bag’ dan menjadikan gelanggang Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Tanjung Aru sebagai gelanggang angkat.

Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Khairol Abd. Ghani, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Wilayah Persekutuan Labuan, Azis Japar, Guru Utama Cengkam Harimau Ghaib, Aripan @ Erpan Ibrahim dan Penaung Gelanggang Tanjung Aru, Guru Timbang Sulaiman.

Amir Abdul Rahman (kiri) dan Hamidah Mulok (kanan) produk PESAKA Labuan
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

Load More
Next Post
Sabah need strong workforce to drive economy, long-term investments

Sabah need strong workforce to drive economy, long-term investments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.