Sunday, June 15, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pelestarian budaya etnik Sabah dapat dukungan kukuh rakyat: Dr Jeffrey

by borneo-editor
May 1, 2023
in Malay
0
Pelestarian budaya etnik Sabah dapat dukungan kukuh rakyat: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey (kedua kanan) bersama para tetamu kehormat mengetam padi di Tuaran tanda pelancaran Kaamatan 2023

107
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TUARAN: Semakin banyak pihak mendukung usaha kerajaan melestarikan budaya sebagai identiti etnik, wadah perpaduan serta penyumbang peningkatan pendapatan negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, sesungguhnya tradisi merupakan aset penting bagi setiap etnik untuk mengekalkan identiti bagi menyumbang keharmonian hidup di antara kaum.

“Maka dengan tangan terbuka saya menjemput seluruh rakyat Malaysia di manapun juga anda berada untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam sambutan Pesta Kaamatan,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Dewan Seri Sulaman di sini pada Isnin.

Dr Jeffrey mengajak seluruh lapisan masyarakat untuk meraikan Kaamatan dengan penuh semangat persaudaraan dan kegembiraan.

Unduk Ngadau Tuaran dari kiri Rannysa (Naib Johan), Florina (Johan) dan Melni (Ketiga)

Katanya, marilah bersama-sama menyokong usaha murni kerajaan dalam misi memperkukuh keharmonian dan perpaduan di samping memelihara tradisi budaya kita yang unik dan indah bagi mencapai agenda perpaduan sebenar.

Menurut Dr Jeffrey, amalan budaya tradisional akan terus kekal sampai ke generasi akan datang melalui sambutan yang lebih efektif dengan memulihkan serta memajukan lagi sektor pelancongan.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Persekutuan Datuk Ewon Benedick, menteri-menteri dan pembantu-pembantu menteri Sabah, Huguan Siou Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) yang diwakili Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun serta Pegawai Daerah Tuaran Hadzlan Haji Jablee yang juga pengerusi pelaksana.

Dr Jeffrey seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Kaamatan Daerah Tuaran 2023 kepada empat penerima yang dipilih berdasarkan sumbangan mereka dalam mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai etnik di sini.

Anugerah disampaikan kepada Inai Singkaban Daim @ Odu Badin dari kawasan Sulaman, Simbongun Sampai (Kiulu), Peter Ugau (Tamparuli) dan Francis Fahir (Dalit). Setiap tokoh menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1000.

Manakala Unduk Ngadau dinobatkan kepada Tati Florina Wileh yang akan mewakili Tuaran ke peringkat negeri, kedua Tati Rannysa Rachel Lee mewakili Tamparuli dan ketiga Tati Melni Dhial (Kiulu).

Pemahkotaan dan penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan Datin Seri Cecelia Edwin Kitingan di mana johan menerima wang tunai RM10,000, kedua RM7000 dan ketiga RM5000.

Dr Jeffrey diiringi Hadzlan berkongsi cerita dengan Odu Badin sambil diperhati tokoh lain dari kanan Peter, Francis dan Simbongun (kiri)
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
LG Malaysia celebrates Harvest Festival with exceptional deals for Sabah, Sarawak 

LG Malaysia celebrates Harvest Festival with exceptional deals for Sabah, Sarawak 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.