Monday, May 19, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Kembalikan semula Kementerian Wilayah Persekutuan, kata UMNO Labuan

by borneo-editor
April 28, 2023
in Malay
0
Kembalikan semula Kementerian Wilayah Persekutuan, kata UMNO Labuan

Mohd Rafi (ketiga kiri) menyerahkan Kit Jenazah kepada Sudin diiringi Jumat (kedua kiri) dan Rosli (ketiga kanan)

37
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Bahagian UMNO Labuan menggesa Putrajaya agar mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberi kesaksamaan pembangunan secara holistik kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata Labuan satu-satunya Wilayah Persekutuan di luar Semenanjung kini mula merasa terpinggir selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan.

“Malah tindakan kerajaan mengecilkan lagi saiz Kementerian Wilayah Persekutuan kepada  Jabatan Wilayah Persekutuan menambahkan lagi  tanggapan warga Labuan  bahawa mereka akan terus dipinggirkan dari arus pembangunan,” katanya.

Mohd Rafi menegaskan, warga Labuan mula merasa terpinggir sejak 2018 apabila BN tidak lagi menjadi kerajaan, bukan sahaja pembangunan infrastruktur gagal, keperluan semasa rakyat juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, gangguan air dan bekalan elektrik yang dihadapi penduduk Labuan saban hari merupakan contoh pembangunan infrastruktur yang gagal dilaksanakan sepenuhnya.

“Perkara ini harus ditangani secara tuntas agar rakyat Labuan dapat hidup dengan lebih sejahtera dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan Kit Jenazah dan Sejadah kepada Masjid Al-Ehsan Kg Sungai Labu, di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Majlis Al-Ehsan Sungai Labu Sudin Samat, Ketua Cawangan UMNO Sungai Labu, Jumat Talip dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Rosle Omar.

Mohd Rafi yang juga Majlis Kerja Tertinggi UMNO yakin, kewujudan Kementerian Wilayah Persekutuan akan dapat melaksanakan pentadbiran saksama terhadap Labuan sebagai pusat hab minyak dan gas serta pusat kewangan antarabangsa.

“Malangnya dengan pengecilan saiz pengurusan Wilayah Persekutuan, pelbagai perancangan sebelum ini terbantut menjadikan Labuan tidak mendapat manfaat sebagai sebuah Wilayah Persekutuan dinamik dan mampan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Justeru, beliau memohon agar pemansuhan Kementerian Wilayah Persekutuan ditarik balik dan fungsi Kementerian itu dikembalikan demi kesaksamaan dan kebersamaan pembangunan. – Oleh JAINUDIN DJIMIN

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Pelestarian budaya etnik Sabah dapat dukungan kukuh rakyat: Dr Jeffrey

Pelestarian budaya etnik Sabah dapat dukungan kukuh rakyat: Dr Jeffrey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.