Sunday, August 31, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dr Jeffrey sertai umat pelbagai paroki saksikan Pentahbisan Fr Appolonius

by borneo-editor
March 27, 2023
in Malay
0
Dr Jeffrey sertai umat pelbagai paroki saksikan Pentahbisan Fr Appolonius

Dr Jeffrey dan Datin dalam Gereja Holy Cross

223
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TAMBUNAN: Pentahbisan Imamat Rev. Fr. Appolonius Yakis yang disertai rohaniwan dan umat dari pelbagai paroki di Sabah turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.

Pentahbisan di Gereja Katolik Holy Cross Toboh yang disempurnakan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong di sini pada Sabtu menyaksikan anak kelahiran paroki ini dimasyhurkan menjadi paderi.

“Kerajaan amat mengambil berat pembangunan rohani di kalangan umat, peruntukan tahunan diberikan untuk membangun peribadatan,” kata Dr Jeffrey yang hadir bersama isteri, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan.

Paroki Toboh berada dalam kawasan yang diwakili Dr Jeffrey selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau.

Fr Appolonius, 33, menempuh pendidikan awal di SRK St David Toboh, pendidikan menengah di SM St Martin Tambunan dan alam pekerjaan sektor swasta (2007-2011).

Sebelum ditahbiskan, Fr Appolonius diterima masuk ke Catholic Diocesan Centre (CDC) Kota Kinabalu 2014 untuk pembentukan kepaderian sebelum melangkah ke Tahun Inisiasi St Peter’s College Kota Kinabalu 2015.

Atas restu Bapa Uskup Cornelius, kembara panggilan kepaderian seterusnya Fr Appolonius tempuhi di Sekolah Tinggi Katolik Seminari (STIKAS) St Yohanes Salib, Dusun Bandol, Kecamatan Landak, Kalimantan Barat, Indonesia (2016-2022).

Fr Appolonius menempuhi sebahagian pendedahan pastoral di Kalimantan Barat melibatkan Gereja Sta. Teresia dari Kanak-Kanak Yesus (2017-2019), Gereja St Pius X, Bengkayang Kalimantan Barat (2017) dan Gereja St Yusuf, Karangan Kalimantan Barat (2018).

Pendedahan pastoral di Sabah ditempuhi di Gereja Katedral St Francis Xavier Keningau (2018 dan 2023), Gereja St Anthony Tenom dan Gereja Bonda Maria Kemabong (2019). – Mark Ronnald Malajim

Dr Jeffrey serta Datin bersama Fr Appolonius dan Uskup Cornelius
Sebahagian umat yang hadir memadati Gereja Holy Cross Toboh
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
KDCA, KCCI Labuan yakin Anifah mampu tingkat pelaburan asing

KDCA, KCCI Labuan yakin Anifah mampu tingkat pelaburan asing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.