Friday, October 10, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
in Malay
0
Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Antologi Duharung Paragasu karya penulis etnik Sabah

244
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil kreativiti kalangan penulis etnik Momogun, Sabah, Malaysia.

Karya-karya penulis terdiri dari DUHARUNG (Rozeline Vitalis – Keningau), PEKAT MALAM DI KASTIL ASIMONT (Witer Gunik – Ranau), ANJING SI DHUNGGON (Azlan Raymond Majumah – Matunggong), PUSOHINON (Simon Sumin Dugok – Papar), TURUGUNG (Ramlee Jalimin Jainin (Tinta Dewata) – Keningau), TULANG SORUI DARI BELANTARA BUKIT MOROU-POROU (Jalumie Mujit – Ranau), GERUH DI RIMBA (Hanafiah MZ – Tandek), HATOD (Kasmah Osingang – Kudat), TUOT-TUOT (Saindim Sadah – Kota Belud), MANGAT MENANAUN (Sayap Rindu – Kota Belud), SEMAIE (Bryan Edren Godon – Beaufort), TOUD (Ddemom Unnie – Kota Belud), POKIKITONON: PERTEMUAN MISTERI (Anna Vivienne – Inanam), TANGISAN TENGAH MALAM (Kims Diwa – Tandek), TETAMU RIMBA (Monsu Godon – Beaufort), SELAMAT TINGGAL GONSURAI (Kathirina Susanna Tati – Penampang), KATAM VAIG (Franco Morrow – Telupid) dan DURUWANGON (Henry Bating – Melalap, Tenom).

Deretan penulis etnik Momogun Sabah

Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Ismail Ali menyifatkan buku itu sebagai jendela pembaca luar mengenal etnik Indigenous Sabah.

”Paparan pelbagai cerita adalah selari dengan fungsi PPIB yang menawarkan kursus wajib elektif bahasa Kadazandusun. Sebahagian elemen pembelajaran kefahaman dan kosakata ditampilkan dalam buku itu dengan menggunakan bahasa Melayu.,” katanya yang juga Ahli Majlis Dekan-dekan Bahasa Universiti Awam Malaysia.

Prof. Dr. Ismail berharap kalangan pensyarah dan guru dapat memanfaatkan kandungan buku itu sebagai sumber bahan kreatif dan kefahaman dalam pembelajaran bahasa etnik.

”Cerita pelbagai etnik dalam buku itu memiliki kesahan umum kerana diolah berdasarkan legenda dan kisah yang masih wujud dalam masyarakat etnik berkaitan di Sabah,” katanya.

Prof. Dr. Ismail menambah, persekitaran cerita yang dikelilingi alam daratan, perbukitan dan pesisir perairan menginformasikan evolusi tamadun masyarakat etnik Sabah.

”Paparan cerita membayangkan kesederhanaan hidup dan pemikiran masa lalu yang sudah jauh berkembang jika dibandingkan dengan realiti kehidupan sekarang,” katanya.

Prof. Datuk Dr. Ismail Ali menerima buku Duharung Paragasu dari Witer Gunik, disaksikan Jennitah Noordin.

Manakala Pensyarah Kanan PPIB, Dr Henry Bating yang menyelenggara penerbitan buku itu berharap penyelitan istilah-istilah bahasa etnik dapat menyumbang pengembangan kosakata bahasa kebangsaan Malaysia.

”Penyusunan cerita (dalam buku Duharung Paragasu) diharapkan dapat menyumbang perkembangan Sastera Pelbagai Kaum di Malaysia yang diprakarsai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Task Force Pemantapan Bahasa Warisan Kebangsaan.

Dr. Henry yang sebelum ini menghasilkan metode pemilihan karya sastera Kadazandusun peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapati wujud kepentingan memperkembangkan kesusasteraan pelbagai kaum di Semenanjung (Cina, India, Keturunan Siam dan Orang Asli) serta kesusasteraan etnik Borneo (Sabah dan Sarawak) khususnya ketika melakukan tinjauan multikultural kesusasteraan Malaysia dan Indonesia.

”Kehadiran himpunan cerita yang tertangguh sejak 2021 ini amat bertepatan pada 2025 apabila PPIB UMS dan Fakultas Ilmu Budaya (FIB) Universitas Airlangga (UNAIR) Surabaya, Indonesia menjalin kerjasama akademik merangkumi elemen baharu dalam kesusasteraan Nusantara,” katanya.

Dr Henry Bating mendeklamasikan puisi berbahasa Dusun sempena Wacana Sastera Etnik PPIB UMS – DBP 2 Julai 2025

Manakala Dosen FIB UNAIR, Nuri Hermawan yang meneliti Duharung Paragasu mengikut perspektif pembaca Indonesia menyifatkan cerita-cerita dalam buku itu sebagai penuh unsur lokalitas yang kental akan daerah di Sabah, baik gambaran kondisi alam mahupun cara hidup, tradisi dan kontemporer serta pamali (Indonesian folklore horror) yang ada pada masyarakat Sabah.

”Cerita Duharung Paragasu merupakan genre yang memiliki persamaan elemen dengan karya-karya popular yang difilemkan di Indonesia dan mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penonton di Indonesia,” katanya.

Duharung Paragasu yang telah dikongsikan Dr. Henry dalam kuliah tamu di FIB, UNAIR, Surabaya, Indonesia Mei lalu disifatkan sebagai karya sastera yang relevan merentas sempadan negara-negara di Nusantara khususnya dalam Zon BIMP-EAGA.

Duharung Paragasu merupakan sastera etnik Sabah, Malaysia yang turut memiliki keterkaitan dengan masyarakat Dayak Indonesia dan Brunei, lantaran berkongsi tanah Borneo, juga memiliki kekerabatan dengan masyarakat Filipina, lantaran berkongsi lautan di Palawan dan Sulu.

Duharung Paragasu telah dibentangkan oleh Nuri Hermawan ketika Wacana Sastera Pelbagai Kaum PPIB UMS – DBP 2 Julai lalu yang turut dihadiri Pengarah DBP Sabah, Jennitah Noordin, Sasterawan Sabah yang juga Penerima SEA Write Award Datuk Jasni Matlani, pelajar IPG Kent dan Gaya.

Nuri Hermawan menyampaikan ulasan keterkaitan sastera etnik Sabah dengan kesusasteraan Indonesia
Indeks populariti filem Indonesia berasaskan genre cerita yang sama seperti dalam Duharung Paragasu

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Load More
Next Post
Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.