Friday, February 27, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
in Malay
0
39
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan anak berumur 10 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Robin @ Ridzuan Bin Ismail berkata kejadian itu berlaku pada 7 Ogos 2025 kira-kira 1.25 pagi di kediaman mangsa di Kampung Tanjung Aru di sini.

“Akibat kejadian, isteri berusia 38 tahun mengalami kecederaan pada hidung, mulut dan belakang kepala, manakala anak lelaki mengalami koyakan serius di bahagian pipi kiri. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Labuan,” katanya.

Menurut Robin, suspek lelaki warga India berumur 34 tahun yang juga suami kepada mangsa telah bertindak agresif selepas berlaku pertengkaran, lalu memukul mangsa menggunakan sebotol minuman keras.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Labuan berjaya menangkap suspek pada jam 8.00 malam hari yang sama,” katanya menambah, suspek kini ditahan reman sehingga 13 Ogos 2025 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Robin menegaskan, Polis Daerah Labuan memandang serius sebarang bentuk keganasan rumah tangga dan tidak akan berkompromi terhadap pelakuan jenayah yang melibatkan penderaan fizikal ke atas golongan wanita dan kanak kanak.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.