Tuesday, March 31, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

by borneo-editor
July 3, 2025
in Malay
0
STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

Kent Yong Ken Chau

202
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

ISU skandal rasuah perlombongan yang dikaitkan Presiden STAR dan serta-merta dinafikan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merupakan satu gerakan politik basi yang amat mengecewakan kerana dipercayai dilakukan oleh ‘Tuan-tuan Politik’ tidak bertanggungjawab.

Pihak berkenaan cuba mengambil kesempatan dengan melakukan serangan taktik kotor mengulangi drama lama berbentuk serangan peribadi — satu taktik yang amat diketahui Presiden STAR menerusi apa yang pernah dilaluinya dalam penahanan ISA dan Operasi “Talkak” 1991 beserta isu Karbon Kredit 2021.

Serangan yang amat tidak berasas itu pada hakikatnya ’menghadiahkan’ semangat kepada STAR untuk kekal bersatu padu menjelang PRN17 dengan terus mengorak langkah ke hadapan.

Dengan jangka masa sekurang-kurangya 90 hari lagi sebelum PRN, Kepimpinan STAR sehingga peringkat akar umbi memperoleh kesedaran ’Menolak Politik Kotor dengan Bergerak ke Hadapan Mencorak Era Politik Baharu’ demi memastikan segala program pembangunan sampai ke nadi rakyat.

Skandal itu juga menjadi isyarat jelas kepada pihak berkepentingan politik jijik untuk melihat realiti kepimpinan Sabah dewasa ini yang tidak lagi boleh diperbudakkan seperti sebelum ini.

Rakyat Sabah sekarang kian matang dan mampu berdiri sendiri untuk menentukan halatuju Sabah secara sendirian tanpa perlu menjadi alat kepada ’tuan politik’ untuk kekal berkuasa.

Parti STAR baru saja menyambut Ulang Tahun Ke-9 pada 1 Julai dan skandal yang dihebohkan dikaitkan Presiden menjadi hikmah tersendiri bagi ahli dan para penyokong bersatu padu.

Parti STAR akan terus mendukung ’perjuangan hak-hak Sabah’ yang belum selesai dengan mempertahankan segala kebenaran, ketelusan dan integriti Presiden menerusi slogan ’Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi, Ini Kali Lah’.

Mari ahli-ahli parti STAR, patahkan tembok halangan, tingkatkan kesatuan dan bela nasib serta suara rakyat Sabah.

Sesungguhnya, perjuangan STAR lahir dari penindasan, penjara dan perjalanan pahit yang melibatkan pengorbanan sehingga parti STAR kekal berdiri kukuh sehingga ke hari ini.

Mari bersama-sama menentang serangan peribadi dan politik jijik demi masa depan Sabah yang lebih baik. Kita serahkan kepada kedaulatan undang-undang untuk menegakkan keadilan demi memperjuangkan harapan besar rakyat Sabah.

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi, Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi, Ini Kali Lah.

KENT YONG KEN CHAU
Ketua Bahagian STAR Likas

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.