Monday, August 18, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Solidariti STAR Terhadap Dr. Jeffrey – Menolak Fitnah, Menegak Integriti

by borneo-editor
June 29, 2025
in Malay
0
Solidariti STAR Terhadap Dr. Jeffrey – Menolak Fitnah, Menegak Integriti

Stephen (duduk ketiga kiri) bersama Dr. Jeffrey (tengah) bersama rombongan Dayak di Kota Kinabalu.

566
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KAMI merujuk laporan media 28 Jun 2025 yang mengaitkan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dengan isu menerima sumbangan politik atas penglibatan permohonan lesen perlombongan di Sabah.

Sebagai Ketua Bahagian STAR Karambunai serta Penyelaras STAR Parlimen P166 Labuan, saya ingin menegaskan bahawa kami kekal teguh berdiri di belakang kepimpinan Presiden Dr. Jeffrey. Dakwaan yang dilontarkan tanpa disokong pengesahan kesahihan dari pihak berkuasa, tidak lebih dari cubaan membentuk persepsi negatif terhadap pemimpin STAR dan menggugat kestabilan politik Sabah.

Dr. Jeffrey bukan sekadar ahli politik, lebih dari itu, beliau merupakan tokoh negarawan yang telah mendedikasikan hidupnya demi perjuangan hak Sabah dalam kerangka Persekutuan Malaysia. Dr. Jeffrey konsisten memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menuntut agihan hasil bumi Sabah, dan menegakkan prinsip suara rakyat Sabah di peringkat nasional.

Malaysia adalah negara berpaksikan kedaulatan undang-undang. Maka, kami menyeru semua pihak termasuk media dan masyarakat agar tidak menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana individu yang dikaitkan isu sebelum siasatan rasmi dijalankan pihak berkuasa.

Dr. Jeffrey telah menafikan tuduhan tersebut dengan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemberitaan tidak bertanggungjawab, sekali gus menunjukkan komitmen beliau terhadap ketelusan dan akauntabiliti sebagai pemimpin pejuang rakyat Sabah.

Sesungguhnya, kami tidak akan berundur walau selangkah dalam mempertahankan pemimpin kami, selagi tiada sebarang bukti konkrit yang mengesahkan salah laku. Politik berasaskan fitnah tidak sepatutnya menjadi budaya dalam demokrasi Malaysia moden.

Kebenaran tidak memerlukan sorakan, kerana kebenaran akan tetap berdiri teguh apabila dusta runtuh dengan sendirinya.

Datuk Kapitan Stephen Teo
Ketua Bahagian STAR Karambunai
Penyelaras Parlimen P166 Labuan

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

by borneo-editor
July 23, 2025
0

TAMPARULI: Sonic Tuaran menjuarai Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025 anjuran Pertubuhan Gerak Bantu Komuniti Sabah (Mitatabang Komuniti) di Dewan...

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

by borneo-editor
July 3, 2025
0

ISU skandal rasuah perlombongan yang dikaitkan Presiden STAR dan serta-merta dinafikan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merupakan satu...

Load More
Next Post
Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.