Tuesday, March 31, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

FKI UMS Perkasa STEM Sekolah Rendah Melalui Projek IoT

by borneo-editor
June 21, 2025
in Malay
0
FKI UMS Perkasa STEM Sekolah Rendah Melalui Projek IoT

Para peserta di SK Bukit Kalam

176
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: 21 Jun 2025 – Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan Program Rekacipta dan Inovasi Aplikasi IoT: Cipta, Sambung dan Kawal khusus untuk murid sekolah rendah, bagi memupuk minat awal dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Antarabangsa FKI, Dr Nooralisa Mohd Tuah menjelaskan program itu menyokong aspirasi UMS memperkukuh jalinan komuniti dan memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam pendidikan berkualiti dan inovasi teknologi.

”FKI UMS melalui kerjasama dengan UScience komited meneruskan program berimpak tinggi seperti ini dalam usaha memperkasakan pendidikan STEM di peringkat akar umbi dan menyokong pembangunan bakat muda berasaskan teknologi di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Program itu merupakan inisiatif di bawah Kitaran 1.5 STI 100(3), hasil kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Ia berlangsung selama tiga sesi bermula 17 Jun lalu, di Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam dengan penyertaan lebih 100 murid Tahun 6 sekolah itu.

Murid-murid SK Bukit Kalam menekuni bidang Stem

Antara pengisian program termasuk ceramah interaktif, bengkel hands-on pemasangan komponen IoT, sesi pengaturcaraan asas serta pameran dan pertandingan hasil ciptaan para murid.

Seramai 85 pelajar Tahun 3 dari Program Teknologi Multimedia FKI turut membantu menjayakan program itu.

Guru Besar SK Bukit Kalam, Puan Daliela Binti Desa dalam ucapan perasmian Minggu TVET menyifatkan program itu sebagai usaha penting dalam memperkukuh asas pendidikan STEM dan TVET di peringkat rendah.

Beliau berharap lebih banyak program seumpama ini dianjurkan demi manfaat murid pada masa hadapan.

Sebanyak 15 kumpulan murid menyertai pertandingan dengan tiga projek terbaik diumumkan sebagai pemenang:

Tempat Pertama: Smart Night Light (Mohammad Rayden, Adelia Fitriany, Munirah, Nadiah, Rayqal Airil), Kedua: Smart Drawer (Ahmad Fakhrul Shafie, Mohamad Furqan, Nursyafiqah, Muhammad Irfan Nazwan, Nurul Jannah, Nur Azreen) dan Ketiga: Sistem Kehadiran Pelajar (Maxshayrell, Nur Sharena, Mohd Shafiq, Izz Zara Auni Sofia, Nor Sania, Muhammad Shafiq).

Foto: Cikgu Stephenie Harrison, SK Bukit Kalam

Sebahagian guru yang membantu menjayakan program
Hadiah Johan
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.