Saturday, May 17, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Sodop Huminodun bangkit semangat membara pelancaran Kaamatan 2025

by borneo-editor
April 28, 2025
in Malay
0
Sodop Huminodun bangkit semangat membara pelancaran Kaamatan 2025

Dr Jeffrey (tengah) bersama barisan penerima hadiah Sodop Huminodun Tambunan.

197
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh David E Gilingan & Mark Ronnald Malajim

TAMBUNAN: 25 Apiril 2025 – Sodop Huminodun Daerah Tambunan 2025 yang berlangsung gemilang di Dewan Terbuka Pisompuruan membangkitkan semangat perpaduan dan komitmen masyarakat menjelang pelancaran rasmi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di sini 1 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Tambunan 2025, Saldivilla Wences berkata, Program Pembangunan Pesona Unduk Ngadau yang bertemakan “Jati, Jiwa, Jelita” berjaya dilaksanakan atas kerjasama erat dengan Kolej Komuniti Tambunan.

“Sodop ini bertemakan ’Api’ yang melambangkan semangat membara dalam meraikan tradisi dan budaya,” katanya.

Hadir menyaksikan malam gilang-gemilang itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan 2025.

Program itu turut menekankan peranan penting Dayak International Organization (DIO) yang Dr. Jeffrey dalam menyatukan dan memperjuangkan hak masyarakat Dayak di Borneo serta berperanan sebagai platform memelihara budaya, bahasa, dan adat resam Dayak di samping memperjuangkan keadilan sosial dan hak tanah adat.

Seramai 17 finalis Unduk Ngadau dari tujuh mukim memukau hadirin dengan keanggunan, mengenakan aksesori tradisional “Kabo”, sebagai simbol keterbukaan dan inklusiviti selaras dengan tema Kaamatan tahun ini, “Kaamatan Untuk Semua”.

Sodop Huminodun Tambunan 2025 menyaksikan Elka Alika Pijeh dinobatkan sebagai Tati Topiodo (Juara), diikuti Einnawenda Wenceslaus (Tati Tosuau) dan Marsha Lynda Paulus (Tati Kaanangan).

Anugerah lain termasuk Miss Photogenic (Steavaynie Ginadus), Miss Charisma dan Best Catwalk (kedua-duanya dimenangi oleh Elisa Olanda Jainis), serta anugerah untuk rekaan busana kontemporari terbaik.

Seterusnya Pertandingan Unduk Ngadau Tambunan akan diadakan pada 1 Mei untuk memilih wakil daerah Tambunan ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan pada 30 – 31 Mei 2025.

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Daerah penuh Sook buka cabaran baharu Majlis Daerah Keningau

Daerah penuh Sook buka cabaran baharu Majlis Daerah Keningau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.