Saturday, May 17, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Star parti pertama temui penduduk Kg Logkou Baru

by borneo-editor
December 24, 2024
in Malay
0
Star parti pertama temui penduduk Kg Logkou Baru

Sani dan Stephen (tengah) bersama rombongan melawat Kg Logkou Baru, Telipok

77
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TELIPOK: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah adalah parti pertama melawat penduduk Kg Logkou Baru sejak Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Pengerusi Tetap Star Bahagian Karambunai Sani Barandi berkata, kunjungan Star Karambunai yang diketuai Kapitan Datuk Stephen Teo memberikan sinar kepada penduduk kampung itu untuk bernaung di bawah parti politik yang dipimpin Presiden Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.

“Mungkin kerana pengundi kawasan DUN Karambunai dari kampung ini (Logkou Baru) tidak ramai kerana sebahagiannya mengundi di kawasan DUN Kiulu, menyebabkan parti-parti lain tidak berminat menjenguk kami,” kata Sani, pesara Guru Besar sebuah Sekolah Kebangsaan di sekitar kampung itu.

Namun demikian, tegas Sani, bilangan pengundi yang sedikit tetap mempunyai kesan dalam pilihan raya dengan mengambil kira DUN Karambunai pada PRN lalu dimenangi calon Umno Datuk Yakub Khan dengan kelebihan hanya 16 undi.

“Maka dengan lawatan Star Karambunai ini, kami tidak ragu-ragu lagi mengajukan borang keahlian Star untuk menyatakan sokongan kami yang jelas pada PRN akan datang,” kata Sani.

Sempena lawatan itu, Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerima borang keahlian disampaikan Sani yang turut melibatkan penduduk Kg Kebayau.

Stephen seterusnya menyampaikan bantuan bungkusan makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Stephen (tengah) bersama Sani mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk.
Stephen (tengah) menerima borang-borang keahlian baru Star Kg Logkou Baru disampaikan Sani.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Star: Fitnah jahat pembangkang gugat perpaduan GRS

Star: Fitnah jahat pembangkang gugat perpaduan GRS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.