Saturday, February 14, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

KPD capai kejayaan tingkat keterjaminan makanan di Sabah

by borneo-editor
December 24, 2024
in Malay
0
KPD capai kejayaan tingkat keterjaminan makanan di Sabah

Dr Jeffrey G Kitingan

39
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh David E Gilingan

KOTA KINABALU | 23 Dis 2024: Keupayaan bekerjasama yang didasari elemen perpaduan dapat memastikan kejayaan pelaksanaan setiap program dengan hasil berimpak tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, sebagai warga dalam satu organisasi, kita harus memupuk semangat kekeluargaan untuk meningkatkan keharmonian bagi mencapai objektif meningkatkan taraf sosio-ekonomi kumpulan sasar.

”Majlis Apresiasi merupakan platform mengimbas program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) pada Malam Apresiasi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas.

Dr Jeffrey menegaskan, majlis seumpama itu berupaya mengeratkan silaturahim, merapatkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan di kalangan warga KPD bersama warga MAFFI.

Menurutnya, sebagai agensi pelaksana di bawah kementerian yang diterajuinya, KPD telah mencapai kejayaan membanggakan dalam pelaksanaan program dan projek selaras dengan halatuju dan objektif KPD.

Dr Jeffrey bersama isteri, Datin Seri Cecilia E Kitingan pada Majlis Apresiasi KPD

”Usaha KPD dalam membantu merealisasikan agenda peningkatan tahap Keterjaminan Makanan telah menghasilkan impak signifikan,” katanya.

Tambahnya, penglibatan KPD dalam rantaian ekonomi dari hulu hingga ke hiliran telah menampakkan perkembangan yang jelas di peringkat masyarakat tani sehingga penjenamaan semula produk dan industri hiliran.

Sementara itu, beliau meminta semua jabatan dan agensi yang hadir agar sebaiknya mengambil peluang meneroka perniagaan rentas sempadan seiring dengan perkembangan pembinaan prasarana dan infrastruktur, terutamanya para petani dan pengusaha di kawasan persempadanan dengan Pusat Ibukota Nusantara yang sedang giat dibangun.

Majlis itu diadakan untuk memberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai penghargaan di atas komitmen warga KPD melaksanakan program kesejahteraan rakyat.

Kalangan warga KPD yang menerima Anugerah

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

Rakyat Sabah sambut semua perayaan - keluarga berbilang agama, keturunan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.