Sunday, May 3, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pinda Perlembagaan 97(1) beri Sabah kuasa kutip 60:40% hasil: Linggu

by borneo-editor
December 18, 2024
in Malay
0
Pinda Perlembagaan 97(1) beri Sabah kuasa kutip 60:40% hasil: Linggu

Linggu selepas perbahasan di Dewan Negara

575
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta meminda Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi Kerajaan Sabah kuasa mengutip hasil sebelum membuat pengagihan 60 peratus kepada Persekutuan dan 40 peratus kepada Sabah.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Edward Linggu berkata cara itu bukan sahaja memudahkan malah mengurangkan tugas Kerajaan Persekutuan, sekali gus menjimatkan kos kakitangan Persekutuan untuk membuat kutipan hasil di Sabah.

“Walaupun Kerajaan Persekutuan telah menggandakan bayaran 40 peratus kepada RM600 juta sebagai bayaran interim 2025, namun jumlah itu tidak memadai dan tidak mewakili kadar 40 peratus yang sebenar,” kata Linggu ketika membahas Belanjawan 2025 di Dewan Negara selepas mengangkat sumpah Senator pilihan DUN Sabah 10 Disember lalu.

Linggu yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menegaskan, Perdana Menteri dalam lawatan ke Sabah tahun 2023 mendedahkan kutipan hasil lima sumber dari Sabah berjumlah RM10.2 bilion.

Justeru katanya, jumlah 40 peratus yang harus dikembalikan kepada Sabah ialah RM4.08 bilion, suatu jumlah yang jauh berbeza dengan RM600 juta bayaran interim.

Menurut Linggu, pengembalian kadar 40 peratus merupakan obligasi Kerajaan mengikut Perlembagaan dan Kerajaan harus menghormati serta mematuhi Perlembagaan dengan mengembalikan Pemberian Khas 40 peratus itu.

”Pemberian Khas hasil bersih 40 peratus itu adalah duit Sabah dan tidak diambil daripada Persekutuan atau Negeri-Negeri yang lain,” tegasnya.

Linggu menambah, selepas 61 tahun agihan hasil 40 peratus masih belum dapat dilaksana melainkan helah yang banyak sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan untuk melaksanakan MA63.

Demi membantu Kerajaan Pusat, kata Linggu, Sabah bersedia membantu membuat kutipan untuk meringankan bebanan serta tanggungan kerja pentadbiran Kerajaan Pusat.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

Load More
Next Post
KPD capai kejayaan tingkat keterjaminan makanan di Sabah

KPD capai kejayaan tingkat keterjaminan makanan di Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.