Monday, October 20, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dr Jeffrey, Dr Maximus tandatangan Kerjasama STAR-PBS awal 2024

by borneo-editor
December 13, 2023
in Malay
0
Dr Jeffrey, Dr Maximus tandatangan Kerjasama STAR-PBS awal 2024

Dr Jeffrey (STAR) dan Dr Maximus (PBS)

1.1k
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

PENAMPANG: Jawatankuasa kerjasama di antara Parti Solidarati Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mengadakan mesyuarat hari ini sepakat merumus butiran skop kerjasama dua parti itu.

Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu dan Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki dalam kenyataan bersama menyatakan, rumusan memorandum itu akan ditandatangani kedua-dua presiden dua parti itu.

“Perbincangan tertumpu kepada topik perumusan butiran kerjasama tentang bagaimana dua parti itu dapat menyumbang matlamat memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah Ke-17,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, memorandum kerjasama akan diperhalusi pucuk kepimpinan dua parti itu sebelum ditandatangani dalam masa terdekat menjelang Tahun Baru Cina.

Kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan jawatankuasa kerjasama di ibu pejabat PBS di sini menyatakan Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan dan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili akan menurunkan tandatangan bagi mengesahkan memorandum kerjasama itu.

Jawatankuasa itu melihat betapa penting STAR-PBS memperkukuh jalinan persefahaman kerana terdapat tanda-tanda PRN17 diawalkan ke 2024 meskipun tempoh Kerajaan Negeri sekarang berakhir Oktober 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika ditanya pemberita (13 Nov) membayangkan kemungkinan PRN17 diadakan seawal 2024 meskipun tempoh kerajaan negeri sekarang masih berbaki hampir dua tahun.

Dalam pertemuan hari ini, STAR diwakili Linggu, Dr Paul Porodong (Pengarah Strategi), Datuk Flovea Ng (Wanita), Datuk Jalumin Bayogoh (Penerangan), Kong Soon Choi (Pemuda) dan Anuar Ghani.

Manakala PBS diwakili Julita, Datuk Joniston Bangkuai (Penerangan), Christopher Mandut (Pemuda), Datin Malianah Ugau (Wanita) dan Arthur Sen.

Linggu dan Julita (tengah) bersama jawatankuasa kerjasama STAR-PBS
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Load More
Next Post
Sambut seruan PM dengan Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun

Sambut seruan PM dengan Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.