Monday, September 8, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

SM Sains Labuan beri pendedahan kendali sisa berbahaya dalam rumah

by borneo-editor
November 16, 2023
in Malay
0
SM Sains Labuan beri pendedahan kendali sisa berbahaya dalam rumah

Urus Setia Pelaksana Program 1DHHWC

24
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Program 1 Day Household Hazardous Waste membuka lembaran baharu bagi kalangan pelajar dan penduduk Kg Bebuloh tentang pentingnya amalan mengumpul sisa pepejal yang ada dalam rumah.

Aktiviti pemindahan ilmu berkaitan alam sekitar itu dianjurkan EXCELYV Sekolah Menengah Sains Labuan di bawah pertandingan Toyota Eco Youth 11 September lalu.

“Sisa dalam rumah boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan jika tidak dikendalikan dengan betul,” kata urus setia penganjur.

Program di bawah bimbingan Jaliha binti Mohd Noor dan Hamiedy Haruna itu turut melibatkan A Zailani A Mumin selaku Pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan dan Kamal Arifin bin Hj Khalidin, Ketua Kampung Kg Bebuloh.

HSSE Advisor Sea Hibiscus Petroleum Sdn Bhd, Muhamed Zainal Muktar dan Pegawai Bomba dan Penyelamat WP Labuan En Henry turut dijemput menyampaikan ceramah tentang Household Hazardous Waste.

Objektif perdana program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran warga Kampung Bebuloh tentang Household Hazardous Waste ini ekoran sisa dalam rumah yang sangat berbahaya dan perlu dikendalikan dengan betul.

Menerusi program itu, pelbagai sisa berbahaya dalam rumah penduduk dikumpulkan melibatkan sisa elektronik seperti televisyen, telefon dan kipas yang sudah rosak.

Turut disampaikan dalam program ialah pendedahan tentang kesan buruk, langkah-langkah pengendalian dan cara pelupusan Household Hazardous Waste.

Seramai 22 pelajar SM Sains Labuan termasuklah ahli EXCELYV telah membantu menjayakan program yang melibatkan dua ceramah dan pelbagai aktiviti lain.

Dua ceramah tentang sisa buangan dalam rumah telah disampaikan Muhamed Zainal dan En Henry.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan mengumpul sisa buangan, senam robik dan cabutan bertuah.

Hadir sama Asmadi dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan, Muniff Adha bin Asnawie, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar dan Seashore Offshore serta Agensi Pelupusan.

Household Hazardous Waste yang telah dikumpulkan
Program bersama penduduk dan pelajar
Henry menyampaikan ceramah bomba dan penyelamat
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
Selenggara jalan alternatif Kionsom, Bantayan Minintod: STAR Inanam

Selenggara jalan alternatif Kionsom, Bantayan Minintod: STAR Inanam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.