Monday, June 16, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Tanjung Aru juara Silat Usia Dini, Remaja Tertutup Labuan 2023

by borneo-editor
November 15, 2023
in Malay
0
Tanjung Aru juara Silat Usia Dini, Remaja Tertutup Labuan 2023

Tuan Guru Haji Timbang bersama pesilatnya menerima Piala Panglima Guru Haji Abdul Matasan.

90
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang Tanjung Aru muncul johan keseluruhan Kejohanan Silat Usia Dini dan Remaja Tertutup Jemputan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 2023 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Yang DiPertua Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) WP Labuan, Mohamad Khairul Abdul Ghani berkata, kejohanan yang julung kalinya diadakan itu akan dijadikan acara tahunan.

“Dalam waktu yang sama PESAKA Labuan bersiap sedia menganjurkan kejohanan yang lebih besar  membabitkan penyertaan terbuka  dari persatuan persilatan dari seluruh negara termasuk jemputan dari negara-negara jiran di rantau ini,” katanya.

Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang Tanjung Aru yang dipimpin Guru Haji Timbang Sulaiman meraih 18 emas, perak (7) dan gangsa (7) sekaligus membawa pulang sebuah piala  Panglima Guru Haji Abdul Ghani Matasan.

Naib johan disandang oleh Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang Sungai Labu yang mengutip 10 emas,  perak (7) dan gangsa (10), diikuti tempat ketiga Pertubuhan Silat Seni  Gayung Malaysia, WP Labuan yang mengutip  tujuh emas, perak (22) dan gangsa (13).

Kejohanan yang dianjurkan PESAKA WP Labuan dengan kerjasam Perbadanan Labuan dan UMNO Bahagian Labuan itu disertai sebanyak sembilan pasukan  dari Labuan termasuk satu pasukan jemputan dari  Persatuan Silat Tempur  Warisan Pak Saman Nabawan Sabah sebagai pesilat jemputan.

Enam lagi pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Persatuan Silat  Seni Cengkan Harimau Ghaib Kampung Lubuk Temiang  (7 emas, 9 perak, 4 gangsa), Persatuan Silat Tempur  Warisan Pak Salam Nabawan (7 emas, 1 perak 1 gangsa),  Pertubuhan  Seni Silat Sedeng Labuan A (4 emas,  4 perak, 4 gangsa).

Turut menyertai  kejohanan dua hari itu ialah  Pertubuhan Seni Silat  Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang  Kampung Belukut (1 emas, 3 gangsa),  Pertubuhan Seni Silat Sendeng Labuan B (1 emas, 3 gangsa) dan Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang Bukit Kalam (3 perak dan 3 gangsa. – Oleh JAINUDIN DJIMIN

Pesatuan Sila Seni Cengkam Harimau Ghaib Gelanggang Tanjung Aru bersama piala kemenangan.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
SM Sains Labuan beri pendedahan kendali sisa berbahaya dalam rumah

SM Sains Labuan beri pendedahan kendali sisa berbahaya dalam rumah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.