Monday, October 27, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

PPIB UMS bangun Modul Pendidikan Literasi UNDI18

by borneo-editor
September 25, 2023
in Malay
0
PPIB UMS bangun Modul Pendidikan Literasi UNDI18

Dr. Lai bersama sebahagian golongan sasar UNDI18

137
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) membangun Modul Pendidikan Literasi dan Kewarganegaraan Demokratik Belia (UNDI18) untuk memperkembang potensi belia sebagai pengundi matang lagi berpengetahuan sejajar aspirasi ‘Malaysia Madani’.

Dekan PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng berkata modul yang dijadual siap Disember itu merangkumi sesi penerapan bersiri pengetahuan demokrasi, pemahaman perlembagaan, latihan dan penilaian.

“Peningkatan kesedaran politik golongan sasar belia diukur berdasarkan aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (KASA),” katanya yang juga ketua projek tersebut.

Menurut Dr Lai, modul itu nanti dapat digunakan ke atas pelbagai kumpulan sasar UNDI18 untuk menilai kemenjadian ‘warga demokratik’ menggunakan kuasa undi menentukan masa hadapan politik negara ini.

Projek itu melibatkan sembilan ahli akademik yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Anantha Raman Govindasamy, PM Dr Mohd Azri Ibrahim, Dr. Kavitha Ganesan, Dr. Budi Anto Mohd Tamring, Dr. Shaffarullah Abdul Rahman, Dr. Mohd Hatib Ismail, Dr. Amy Azuan Abdullah dan Mohammad Aqmal Hafidz Musa.

Dr. Lai berharap modul itu akan dapat meningkatkan tahap kesedaran dan literasi politik kalangan belia di Sabah sebagai salah satu hasil penerapan falsafah bernegara Malaysia.

Sementara itu Prof. Madya Dr Steward Giman anak Stephen dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta menyambut baik pembinaan modul itu demi mewujud golongan pemilih yang matang dan berpengetahuan khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. – OLEH HENRY BATING

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Load More
Next Post
PPIB UMS develops UNDI18 Literacy Education Module

PPIB UMS develops UNDI18 Literacy Education Module

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.