Sunday, September 7, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Bersama mengangkat martabat PPIB, menghindar fikiran penjajah

by borneo-editor
September 10, 2023
in Malay
0
Bersama mengangkat martabat PPIB, menghindar fikiran penjajah

Dr Lai (duduk kelima kiri) bersama staf akademik dan pentadbiran PPIB.

161
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Kemerdekaan adalah kemestian untuk membebaskan diri, minda dan jiwa dari terus dijajah.

Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng berkata generasi hari ini akan terus dihadapkan keperluan mencapai kemerdekaan.

“Memang berat dan sukar untuk mengekalkan kemerdekaan di tangan kita kerana kemerdekaan bukan sekadar dalam bentuk penjajahan fizikal tetapi juga dalam bentuk jiwa dan pemikiran,” katanya.

Dr. Lai berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2023.

Dr. Lai menegaskan, kita harus meneruskan realiti kepelbagaian dalam PPIB yang terdiri dari pelbagai suku kaum, budaya dan fahaman kepercayaan yang datang dari pelbagai tempat berlainan dengan falsafah hidup berbeza.

Atas kesedaran itu kata Dr. Lai, warga PPIB hendaklah menumpukan usaha mengangkat martabat bersama, mengghindari pandangan, pemikiran penjajah dan pemikiran jumud.

“Tuhan telah berikan kita akal dan kecerdasan, marilah gunakan dan manfaatkan sisa-sisa waktu untuk berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Hadir sama Timbalan Dekan Akademik, Dr. Abang Mohd Razif Abang Muis, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Khidmat Masyarakat, Dr. Kavitha Ganesan, Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Pengantarabangsaan, Dr. Priscilla Shak Yee Ping, Timbalan Pendaftar, Puan Awina Kamis, Penolong Pendaftar Kanan, Tuan Tauffeck Hj. Guntok, para penyelaras gugusan kursus, staf akademik dan pentadbiran.

Pelbagai pengisian kemerdekaan menyerikan sambutan termasuklah wacana sejarah, deklmasi sajak, kuiz dan berbalas pantun.

Turut hadir menyaksikan sambutan ialah Prof. Madya Dr. Hatice Celik, Ketua Jabatan Pengajian Asia merangkap Naib Pengarah Institut Pengajian Kawasan, Universiti Sains Sosial Ankara (SSUA) Turki.

Dr Lai merasmikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia PPIB 2023.
Dari kiri Dr Priscilla, Dr Hatice dan Dr Kavitha.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
Malakun dilantik pemegang Kursi Kadazan Dusun UMS

Malakun dilantik pemegang Kursi Kadazan Dusun UMS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.