Thursday, February 26, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

UMNO sedia bantu Perbadanan Labuan selesai isu rakyat

by borneo-editor
June 27, 2023
in Malay
0
UMNO sedia bantu Perbadanan Labuan selesai isu rakyat

Isu air masih membelenggu rakyat Labuan

114
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan sedia memberikan kerjasama kepada Perbadanan Labuan (PL) untuk menyelesaikan beberapa isu yang menghimpit rakyat di pulau itu.

Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, UMNO Bahagian Labuan akan  terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Pengerusi PL Tan Sri Anifah Aman untuk membangunkan Labuan termasuk menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat Labuan selama ini.

“Antara permasalahan kritikal yang membelenggu rakyat ketika ini ialah bekalan air, tenaga elektrik dan juga  kemerosotan ekonomi yang terus dihadapi oleh rakyat Labuan.

“Saya percaya dengan pengalaman yang luas dan kedudukan Tan Sri Anifah sebagai mantan Menteri Luar Negeri dapat membantu mengembalikan kegemilangan Labuan yang pernah dikecapi sebelum 2018,” katanya  ketika ditemui  pada Program Peduli Rakyat  UMNO Labuan di sini pada Sabtu.

ANIFAH

Mantan Menteri Luar Negeri itu dilantik  sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun yang berkuatkuasa 19 Jun 2023  hingga 18 Jun 2025.

Selain itu, Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO  mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek  yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan untuk tempoh yang sama 2023-2025.

“Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada rakan seperjuangan saya dalam Kerajaan Perpaduan, Simsudin Sidek yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun 2023-2025,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias yang  dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat PL bagi sesi 2023-2025.

“Tahniah juga  kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Hajah Niswati Tarji yang telah mendapat kepercayaan untuk dilantik  sebagai salah seorang Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sesi 2023-2025,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Mohd Rafi  merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengangkat serta menyokong cadangan UMNO Labuan kepada Perdana Menteri untuk pelantikan dua pemimpin UMNO Labuan (Bashir dan Niswati) ke dalam Perbadanan Labuan kali ini.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Beri peluang PM bawa perubahan kepada Labuan: Simsudin

Beri peluang PM bawa perubahan kepada Labuan: Simsudin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.