Thursday, October 30, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Etnik Gana anjur ‘Odou Maayoh Kinalapadan Manantab’ 12 Mei di Bingkor Lama

by borneo-editor
May 10, 2023
in Malay
0
Etnik Gana anjur ‘Odou Maayoh Kinalapadan Manantab’ 12 Mei di Bingkor Lama

Ongkuyon Guptah V.G Nair

431
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KENINGAU: Persatuan Gana Sabah (PGS) akan mengadakan sambutan ‘Odou Maayoh Kinalapadan Manantab’ 2023 pada 12 Mei di Dewan Serbaguna Kampung Bingkor Lama mengalu-alukan kehadiran orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Gana Sabah (PGS), Ongkuyon Guptah V.G Nair (gambar) berkata sambutan itu dijadual dihadiri Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.

“Sambutan tersebut dalam bahasa suku kaum Dusun etnik Gana bererti Perayaan Pesta Kaamatan,” katanya.

Menurut Ongkuyon, Dr Jeffrey seterusnya dijadual menyempurnakan perasmiaan sambutan perayaan yang julung kali diadakan  melibatkan penduduk Kampung, Kg Bingkor Lama dan Kg Tamoi Bingkor.

“Ini adalah acara yang julung kali diadakan oleh persatuan bagi meraikan secara bersama melibatkan dua buah kampung yang rata-rata penduduknya daripada kalangan masyarakat Dusun Gana,” katanya.

Ongkuyon seterusnya menyampaikan jemputan terbuka kepada orang ramai di mana beberapa tetamu kehormat telah dijemput.

Menurut Ongkuyon, antara tetamu yang dijangka hadir ialah Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Presiden Persatuan Dusun Kujau Sabah (PDKS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman, Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang, Ketua-Ketua Adat dan para pemimpin Mukim Bingkor dan sekitar.

Katanya, pelbagai acara telah diatur seperti Pertandingan Limbai Gana, Taangon Bahasa Gana, Makanan Tradisi Gana, Pertandingan Magagung, Mansayau dan Magunatip.

Manakala acara kemuncak perayaan ialah Pertandingan ‘Lalanggai Masanog Gana’ 2023 atau ‘Ratu Cantik Tradisi suku Kaum Gana’.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Load More
Next Post
STAR mampu beri kemenangan GRS bertanding DUN Melalap

STAR mampu beri kemenangan GRS bertanding DUN Melalap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.