Thursday, March 5, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

LIGS agih Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 86,617 pekebun kecil

by borneo-editor
April 19, 2023
in Malay
0
LIGS agih Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 86,617 pekebun kecil

Dr Jeffrey bersama Linggu dan Dr Normah di majlis bubur lambuk.

140
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengagihkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 86,617 pekebun kecil getah di negeri ini bermula 17 April 2023.

Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu berkata bantuan RM200 seorang itu akan dinikmati semua pekebun kecil getah di Sabah sebagai tambahan kepada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 awal tahun ini.

“Kita berharap bantuan yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.3 juta ini mampu meringankan beban kewangan para pekebun kecil getah terutamanya bagi merayakan aidilfitri tahun ini,” katanya.

Linggu menegaskan, kerajaan sentiasa prihatin kepada kebajikan para pekebun kecil getah di negeri ini di mana pada tahun 2023, Kerajaan melalui LIGS telah mengagihkan BKKA dan BMT RM1000 kepada setiap pekebun kecil yang layak.

Linggu seterusnya menzahirkan harapan agar pekebun kecil terus menoreh dan meningkatkan lagi produktiviti selepas menghadiri Majlis Bubur Lambuk Badan Kebajikan Islam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Majlis tersebut dilancarkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Hadir sama Pengarah Veterinar Sabah Dr Hajah Normah Yusop.

Pada awal tahun ini LIGS telah mengagihkan BMT dengan kadar RM800 seorang kepada 86,617 pekebun kecil di Sabah yang melibatkan jumlah keseluruhan RM69.3 juta.

“Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang telah diagihkan kepada para pekebun kecil di Sabah pada tahun ini berjumlah RM86.6 juta,” katanya.

Menurut Linggu, LIGS sentiasa peka dan mengambil pendekatan yang berkesan bagi membantu dan meningkatkan taraf hidup para pekebun kecil di Sabah.

Katanya, LIGS sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi oleh para pekebun kecil dan sentiasa berusaha menerokai pelbagai pendekatan signifikan untuk memajukan masyarakat pekebun kecil getah di Sabah.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Puteri UMNO Labuan taja kanak-kanak asnaf beserta nenek beli-belah Raya

Puteri UMNO Labuan taja kanak-kanak asnaf beserta nenek beli-belah Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.