Friday, February 13, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Trip bot Labuan-Menumbok ditambah penuhi perjalanan balik Raya

by borneo-editor
April 15, 2023
in Malay
0
Trip bot Labuan-Menumbok ditambah penuhi perjalanan balik Raya

HALIM

13
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. (LDAH) memaklumkan trip perkhidmatan bot penumpang Labuan-Menumbok telah ditambah bagi membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Pengerusi Eksekutif, LDAH yang baharu dilantik, Noor Halim Datuk Zaini berkata, penambahan trip yang bermula 19 April itu membabitkan 20 trip tambahan  sehari dari Labuan ke Menumbok berbanding 10 trip pada hari-hari biasa.

“Jumlah itu boleh ditambah sekiranya permintaan pengguna untuk balik kampung masih tinggi pada hari-hari tersebut”

“LDAH sanggup menyediakan bot penumpang yang datang dari Menumbok tanpa penumpang semata-mata untuk mengambil penumpang dari Labuan yang hendak balik kampung ke tanah besar Sabah dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini kelmarin.

Noor Halim berkata, pihaknya meramalkan lebih 6,000 pengguna/penumpang akan keluar dari Labuan menggunakan perkhidmatan bot penumpang  untuk balik ke tanah besar Sabah beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Katanya, 80 peratus pengguna bot dan feri penumpang yang dikendalikan melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan melibatkan sektor Labuan-Menumbok. Selain Menumbok, destinasi lain adalah Sipitang, Lawas, Limbang dan Brunei. Bot-bot penumpang Labuan-Menumbok adalah selesa, selamat dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Laut Malaysia.

Dalam pada itu, pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pergerakan bot penumpang  dari Labuan ke Menumbok atau ke Sipitang dan Brunei Darussalam boleh menghubungi talian 087-581006 atau menghantar mesej melalui WhatsApp ke talian 0138642117. – Oleh: JAINUDIN DJIMIN

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

Load More
Next Post
UMNO Labuan tetap turun padang walau kalah PRU

UMNO Labuan tetap turun padang walau kalah PRU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.