Saturday, May 17, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

by borneo-editor
March 24, 2023
in Malay
2
PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Derma darah dapat sambutan masyarakat

74
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TAMPARULI: Kempen Derma Darah Perdana anjuran bersama Persatuan Pemangkin Komuniti Sabah (PKOMS), tujuh badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Tuaran berjaya mengumpul 61 pain darah pada Rabu.

Pengerusi Penganjur Liliana Tangkis berkata kempen itu melepasi sasaran awal 50 pain darah ekoran mendapat sambutan baik dari penduduk setempat.

“Menerusi program ini kami berharap dapat membantu Hospital Tuaran menangani masalah kekurangan bekalan darah,” katanya.

Pada masa sama Liliana berharap pihaknya dapat meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menderma darah demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Badan-badan NGO yang terlibat ialah Persatuan Wanita Tuaran (PWT), Persatuan AKSSI Tuaran, Persatuan Anak Tani Bumiputra Sabah, Persatuan PETANAH, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Tamparuli, Persatuan Pesara Kerajaan Sabah dan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS).

Turut diadakan untuk merai penderma darah ialah cabutan bertuah dan persembahan busker Creatix Band diketuai artis tempatan Lopz Wala.

Hadir menyampaikan sijil penghargaan ialah Datin Malianah Ugau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

PKOMS yang diterajui Presiden Terence Sinti merupakan NGO yang aktif di mana sepanjang tahun lalu berjaya menganjurkan pelbagai program perdana di sini.

Antara program yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Golf Amal Ketua Menteri, Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Cina Tuaran, Fun Walk and Run Bukit Perahu Tamparuli, Gotong Royong Perdana.

Kejohanan Futsal Piala Parlimen Tuaran, Bantuan Bakul Makanan Kepada Golongan Sasar dan Kempen Derma Darah.

Terence Sinti – Presiden PKOMS
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Puteri UMNO Labuan hulur 500 botol air minum kepada pelajar KML

Puteri UMNO Labuan hulur 500 botol air minum kepada pelajar KML

Comments 2

  1. Julita madaun says:
    2 years ago

    Terbaik pkmos

    Reply
  2. Julita madaun says:
    2 years ago

    Terbaik pkoms

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.