Wednesday, October 29, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pemuda Umno Labuan bekal air penduduk empat kampung

by borneo-editor
March 24, 2023
in Malay
0
Pemuda Umno Labuan bekal air penduduk empat kampung

Skuad Bakti mengisi air ke tangki statik

47
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Pemuda Umno Labuan melaksana inisiatif membekalkan air kepada penduduk empat kampung yang terputus bekalan sejak empat hari lalu.

Ketua Pemuda Umno Labuan Saifful Pungot berharap inisiatif menerusi Skuad Khidmat Bakti itu dapat melegakan keresahan penduduk yang belum mengetahui pasti bila gangguan bekalan air berakhir.

“Sebanyak tiga lori milik penduduk digerakkan sejak Rabu sehingga subuh Jumaat untuk menghantar bekalan air,” katanya.

Saifful menjelaskan, 10 anggota Skuad Khidmat Bakti Pemuda Umno beserta penduduk berpadu tenaga mengisi air ke dalam tangka statik yang disediakan Bahagian Bekalan Air (BBA).

Menurut Saifful, pihaknya mengambil sumber dari loji rawatan air Sungai Keling untuk diisi ke dalam tangki statik empat kampung melibatkan Pohon Batu, Manikar, Lubok Temiang dan Ganggarak.

Katanya, pada Rabu mereka mula menggerakkan tenaga membantu mengisi air seawal 5.00 petang sehingga 3.00 pagi.

“Manakala pada Khamis ketika umat Islam mula berpuasa, kami meneruskan operasi selepas sembahyang terawih sehingga 2.00 pagi,” katanya.

Sejak Isnin hampir keseluruhan kampung di sini terjejas teruk akibat terputus bekalan air selepas pam air utama rosak ekoran gangguan bekalan elektrik.

Pengarah Bahagian Bekalan Air Labuan, Trinil Indah Puspita memaklumkan gangguan bekalan air disebabkan litar pintas yang merosakkan papan kawalan pam fasa dua di stesen Pulau Enoe.

Namun, katanya, kerosakan itu berjaya dibaiki semula pada malam Khamis dan bekalan air ke beberapa tangki imbangan mula beroperasi secara berperingkat yang dijangka pulih sepenuhnya Jumaat. – JAINUDIN DJIMIN

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Load More
Next Post
PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.