Thursday, April 2, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

MRS peroleh royalti RM84,220 lagu-lagu etnik sepanjang Kaamatan 2023

by borneo-editor
March 16, 2023
in Malay
0
MRS peroleh royalti RM84,220 lagu-lagu etnik sepanjang Kaamatan 2023

Asmin bersalaman Dr Jeffrey diiringi Robert.

111
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Music Rights Sabah (MRS Berhad) akan menerima royalti RM84,220 bagi penggunaan lagu-lagu tempatan sepanjang Kaamatan 2023 anjuran Kerajaan Negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kaamatan 2023 Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata Jawatankuasa Penganjur Pesta Kaamatan sangat prihatin terhadap nasib dan hak penggiat seni tempatan Sabah.

“Selama 30 tahun ini hak kalangan penggiat seni tempatan Sabah tidak terbela,” katanya ketika menerima kunjungan MRS Berhad diketuai Pengarah Urusannya Asmin Mudin kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Robert Stidi.

Kunjungan MRS bertujuan memberi taklimat pelesenan lagu-lagu etnik tempatan sepanjang Kaamatan di 34 daerah di Sabah, tujuh cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di luar Sabah dan Hongkod Koisaan, Penampang pada Mei.

Lagu-lagu etnik Sabah itu terletak di bawah mandat MRS.

Dalam reaksinya, Asmin berterima kasih kepada Kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Penganjur Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2023 kerana memperhalusi dan menyokong penuh usaha MRS.

Katanya, “Walaupun perkara itu masih terlalu baharu buat semua di Sabah, namun persetujuan yang dicapai boleh dianggap perintis kepada pembangunan industri muzik Sabah.”

Menurut Asmin, dengan pemberian royalti itu para peserta Sugandoi, artis jemputan dan penganjur Pesta Kaamatan boleh menggunakan lagu etnik tempatan di bawah mandat MRS tanpa ragu-ragu,

“Penggunaan lagu-lagu etnik itu merangkumi Unduk Ngadau, Sugandoi, Konsert Kaamatan atau karaoke terbuka di gerai-gerai Kaamatan,” katanya.

Bagaimanapun, Asmin menegaskan pelesenan itu tidak terpakai kepada Pesta Kaamatan bukan anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan KDCA.

Asmin menyifatkan Jawatankuasa Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2023 sebagai contoh dan teladan kepada penganjur lain dari segi nilai moral dan kebertanggungjawaban dalam menjaga hak penggiat seni tempatan.

Rombongan MRS Bhd bersama Dr Jeffrey dan Robert.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
CelcomDigi showcases at Business Tech Week in Sabah

CelcomDigi showcases at Business Tech Week in Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.