Monday, March 30, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
in Malay
0
Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

MESRA bersama Dr Jeffrey, Tun Musa dan Hajiji

30
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan antara tetamu kenamaan yang menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, malam ini.

Turut mengiringi Dr. Jeffrey ialah Setiausaha Agung STAR Sabah, Senator Datuk Edward Linggu Bukut dan Datin Aliza Saiman di Majlis yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Bankuasi, Aras 2, Dewan Undangan Negeri Sabah, bermula jam 7.00 malam dengan ketibaan para jemputan kenamaan Sabah dan Persekutuan.

Kemuncak majlis adalah keberangkatan tiba Tun Musa Aman bersama Toh Puan Hajah Faridah Tussin pada jam 8.00 malam, disusuli nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta persembahan tarian sambut tamu sebagai tanda penghormatan.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, barisan menteri kabinet negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta dif-dif kehormat lain.

Majlis diteruskan dengan upacara minum hormat (toast), ucapan rasmi Ketua Menteri, serta upacara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran rasmi TYT.

Jamuan negeri kemudiannya diserikan dengan pelbagai persembahan hiburan yang mencerminkan kepelbagaian budaya Sabah pada jam 8.45 malam,

Kehadiran pimpinan STAR Sabah dalam majlis berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan parti dalam menjunjung institusi negeri serta memperkukuh hubungan antara kepimpinan politik dan istana negeri.

Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan keberangkatan balik TYT diiringi Ketua Menteri dan dif kehormat lain.

Dr Jeffrey dan Datin di hadapan backdrop Jamuan Bankuasi TYT Sabah
Dr Jeffrey dan Datin bersama Senator Edward Linggu dan Datin
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.