Wednesday, March 18, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
in Malay
0
Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Andria (duduk tengah) bersama sebahagian audiens apresiasi drama

1
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota Kinabalu membuktikan keupayaan luar jangka apabila berjaya mementaskan empat tayangan drama kreatif sebagai sebahagian daripada kerja kursus Semester 7, sekali gus mencuri perhatian warga kampus.

Pengurus Wilayah Kota Kinabalu UNITAR International Campus, Andria Andrew menyifatkan program tersebut sebagai manifestasi usaha gigih pelajar dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi, selain membuka ruang kepada mereka untuk melangkah lebih jauh, bukan saja sebagai guru tapi dalam bidang produksi kreatif selepas tamat pengajian.

“Pendedahan kepada pengalaman praktikal seperti ini penting dalam membentuk keyakinan serta kemahiran insaniah pelajar, khususnya dalam bidang pendidikan dan komunikasi,” katanya.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah UNITAR Alam Mesra itu menghimpunkan pelajar, serta sebahagian staf pengurusan dan akademik dalam suasana penuh apresiasi terhadap hasil seni dan usaha ilmiah pelajar.

Sebanyak lima drama pendek telah dihasilkan pelajar, namun hanya empat kumpulan sempat membuat tayangan pada sesi berkenaan.

Drama yang dipersembahkan terdiri daripada “Ayah”, “Harga Masa Depan”, “Rumah yang Tersisa” dan “Tuah”, manakala “Surat yang Tak Sampai” dari Kumpulan 5 tidak sempat ditayangkan.

Kesemua produksi tersebut menampilkan komitmen tinggi pelajar yang terlibat secara langsung dalam keseluruhan proses penghasilan, termasuk penulisan skrip, penggambaran di lapangan, serta penyuntingan audio-visual yang teliti.

Pensyarah tamu program itu, Dr. Henry Bating mengagumi hasil kerja pelajar yang berjaya mengaplikasi teori yang dipelajari dalam kuliah ke dalam bentuk produksi kreatif.

“Ketika kita bertemu dalam kampus ini, kita semua nampak biasa-biasa saja. Namun ketika pelajar tampil di layar drama produksi kumpulan masing-masing, semuanya tampil luar biasa,” katanya.

Program tayangan drama itu dilihat bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah menjadi platform signifikan dalam mencungkil bakat, kreativiti serta potensi kepimpinan pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Antara kumpulan yang membuat tayangan drama pendek.
Antara paparan drama pelajar di ’bumi bertuah’.
Iklan drama pelajar untuk promosi warga kampus.
Sebahagian pelajar drama di halaman kampus UNITAR Alam Mesra Kota Kinabalu.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.