Tuesday, March 10, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
in Malay
0
Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Dr. Kasim serta Dr. Ismail bersama sebahagian pegawai kanan UMS yang hadir.

100
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pencapaian universiti di peringkat antarabangsa, sekali gus memberi manfaat kepada warga universiti, masyarakat umum serta pelancong dari dalam dan luar negara.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor, berkata Pantai Kemudi Ilmu mencerminkan komitmen universiti dalam memanfaatkan persekitaran kampus sebagai ruang komuniti, rekreasi dan tarikan pelancongan berasaskan ilmu sejajar dengan aspirasi menjadikan UMS universiti bertaraf antarabangsa.

“Pantai Kemudi Ilmu bukan sekadar lokasi sambutan, tetapi simbol keterbukaan UMS kepada masyarakat dan pelawat. Penambahbaikan kemudahan di kawasan ini akan terus diperkasakan bagi menyokong imej universiti, kesejahteraan warga kampus serta pengalaman pelancong,” katanya.

Dr. Kasmi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Ambang Tahun Baharu 2026 yang berlangsung kali kedua di Pantai Kemudi Ilmu, UMS, pada malam 31 Disember.

Majlis berkenaan dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Ismail Ali, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS.

Sambutan ambang tahun baharu yang diahadiri warga kampus itu turut diserikan dengan deklamasi puisi pelbagai bahasa, melibatkan bahasa Jepun, Mandarin, Sepanyol, Arab, Tamil dan Kadazandusun, sekali gus menzahirkan kepelbagaian budaya, keterangkuman bahasa serta kekuatan UMS sebagai hab ilmu dan interaksi antarabangsa.

Dr. Kasim turut menzahirkan rasa syukur atas pencapaian UMS sepanjang 2025, termasuk kejayaan universiti itu buat pertama kali disenaraikan dalam kelompok 700 universiti terbaik dunia, selain kedudukan memberangsangkan dalam kalangan universiti muda di peringkat global.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut merupakan hasil usaha kolektif warga akademik, bukan akademik dan mahasiswa, serta sokongan berterusan rakan strategik, masyarakat setempat, agensi kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan sektor awam serta swasta.

Mengulas hala tuju 2026, beliau menyeru seluruh warga universiti agar memperkukuh semangat kerja berpasukan, perancangan strategik dan kolaboratif menyeluruh dalam mendepani cabaran serta merebut peluang baharu.

“Kejayaan universiti tidak terletak pada individu semata-mata, sebaliknya lahir daripada usaha kolektif yang saling melengkapi. Dengan komitmen bersama, UMS diyakini mampu terus mengukuhkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat pada tahun 2026,” katanya.

Potong kek pergantian tahun 2025-2026.
Tarian Igal-Igal
Tarian bunga api.
Deklamasi Puisi Kadazandusun oleh Dr. Henry Bating
Deklamasi Puisi Arab oleh Ustazah Mariama Berbiche.
Deklamasi Puisi Sepanyol oleh Nur Amirah Nadia.
Deklamasi Puisi Jepun oleh Keiko Ota Masayoshi bersama Nadia Abdullah @ Mayumi Ike.
Deklamasi Puisi Tamil oleh Dr. Bavani A/P Arumugam @ Seiyalu.
Deklamasi Puisi Mandarin pimpinan Tan Jee Chin, disertai Nur Ain Binti Mohamed Shariff, Alyaa’ Rafhanah binti Abdul Razak, Lee Yong Shen, Shintu A/P Arumugam dan Phang Xin Yen.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Load More
Next Post
Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.