Monday, June 15, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Calon STAR Kuala Penyu dapat sokongan Legenda Bola Sepak Sabah

by borneo-editor
November 17, 2025
in Malay
0
Calon STAR Kuala Penyu dapat sokongan Legenda Bola Sepak Sabah

Walther bersama Stanley (kanan)

547
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TUARAN, 17 Nov – Legenda bola sepak Sabah, Stanley Chew, hari ini menyatakan sokongan padu kepada Calon N.33 Kuala Penyu, Walther Philip M. Pangang, dalam satu pertemuan mesra di kediaman beliau di Tuaran.

“Belia Kuala Penyu memiliki bakat, tenaga dan semangat yang besar. Jika kita sediakan kemudahan sukan moden, pusat latihan dan program pembangunan komuniti yang tersusun, ia bukan sahaja membentuk generasi aktif, malah berpotensi membuka ekonomi baharu melalui sukan pelancongan,” jelas Stanley.

Walther menyambut baik sokongan tersebut, dan menzahirkan komitmennya untuk melaksanakan pembangunan fasiliti sukan serta riadah secara mampan di Kuala Penyu.

Beliau turut mengetengahkan strategi pembangunan sukan pelancongan, peluang pekerjaan belia, serta pertumbuhan ekonomi melalui agro-teknologi dan keusahawanan tempatan.

Pertemuan itu menzahirkan mesej perpaduan dan aspirasi baharu apabila dua tokoh — seorang legenda sukan dan seorang pemimpin muda — berganding usaha membawa satu matlamat bersama, membangunkan Kuala Penyu sebagai sebuah daerah makmur, progresif dan seimbang untuk semua generasi.

Kedua-dua mereka berkongsi pandangan mengenai masa depan generasi muda Kuala Penyu serta potensi besar daerah itu untuk terus maju dalam pembangunan komuniti dan sosioekonomi.

Stanley Chew, yang kini menetap di Tuaran, merupakan antara ikon penting dalam sejarah bola sepak Sabah. Beliau pernah mewakili Sabah pada era 1960-an sebelum meneruskan kerjaya sebagai jurulatih berkaliber tinggi. Antara pencapaian beliau termasuklah:

  • Memimpin pasukan Sabah pada era 1970-an, seterusnya menjulang kejuaraan Borneo Cup dan mencatat keputusan membanggakan dalam Piala Malaysia.
  • Pernah memegang jawatan strategik di Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sebagai Pengerusi Panel Jurulatih dan ahli pemilihan pemain.
  • Berkelulusan kejurulatihan sukan dari United Kingdom, termasuk di Leeds University dan Leeds Metropolitan University, menjadikan beliau tokoh yang disegani dalam bidang pembangunan sukan.

Dalam pertemuan tersebut, Stanley menegaskan kepentingan memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada golongan belia untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan daerah.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

by borneo-editor
May 23, 2026
0

KOTA KINABALU: Cabaran ekonomi global yang melanda dunia ketika ini tidak menjejaskan penganjuran Karnival Keusahawanan Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) Universiti...

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Load More
Next Post
Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.