Wednesday, January 21, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

PPIB kendali mesyuarat MALDEC pertama di Borneo

by borneo-editor
August 25, 2024
in Malay
0
PPIB kendali mesyuarat MALDEC pertama di Borneo

Dr Lai (tengah) bersama Majlis Dekan Universiti Awam Malaysia.

11
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) menjadi tuan rumah mesyuarat Majlis Dekan Bahasa Universiti Awam (MALDEC) Malaysia Bilangan Ke-3 2024 yang merupakan julung kali diadakan di Sabah.

Dekan PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Lai Yew Meng memaklumkan mesyuarat itu dihadiri dekan dan wakil fakulti, pusat serta akademi bahasa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.

“Mesyuarat peringkat kebangsaan ini bertujuan memperkasa pengamal bahasa dan komunikasi di institusi pengajian tinggi di negara ini,” katanya menambah, pelaksanaan program ini turut bersempena dengan sambutan Ulang Tahun UMS Ke-30 tahun ini.

Mesyuarat 4-5 Ogos yang melibatkan program komuniti, budaya dan simposium itu dikendalikan satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan Penyelaras Bahasa Inggeris PPIB, Datin Dr Veronica Petrus Atin.

Maldec yang disertai 22 ahli akademik bahasa dari pelbagai universiti awam di Malaysia itu memulakan hari pertama dengan mengadakan Jalinan Komuniti di Kundasang yang kemudian diikuti Malam Budaya di Restoran Nelayan, Bukit Padang.

Keesokannya, Pengerusi Maldec Prof Madya Dr Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi yang juga Dekan Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad (UMPSA) mempengerusikan mesyuarat.

Program Maldec di Sabah diakhiri dengan simposium yang diadakan di Galeri Azman Hashim UMS bertemakan ‘Pemerkasaan Pengamal Bahasa dan Komunikasi di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia’.

Tiga pembentangan disampaikan dalam simposium itu terdiri dari topik ‘Bahasa Warisan’ oleh Prof Madya Dr Mazura@Mastura binti Muhammad dari UPSI, ‘Bahasa Inggeris’ oleh Dr Faridah dari UIAM dan ‘Pengembangan Pembelajaran Bahasa Berasaskan Teknologi’ oleh Prof Dr Surinderpal Kaur A/P Chanan Singh dari UM.

Dr Veronica (ketiga kanan), Dr Lai (tengah) dan Alna Tugon bersama sebahagian rakan Maldec di Restoran Nelayan, Bukit Padang.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), terus memperluas rangkaian akademiknya di peringkat serantau melalui...

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian STAR Karambunai, Datuk Kapitan Stephen Teo, menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku...

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

by borneo-editor
November 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi memartabatkan pembelajaran bahasa menerusi program tahunan Malam Bahasa Antarabangsa...

Load More
Next Post
‘Fire Drill’ latih pasukan dan staf PPIB UMS hadapi saat genting

‘Fire Drill’ latih pasukan dan staf PPIB UMS hadapi saat genting

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.