Monday, February 2, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

TYT rasmi Hari Sabah: Dr Jeffrey

by borneo-editor
August 21, 2024
in Malay
0
TYT rasmi Hari Sabah: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey disambut para pegawai kanan Sabahfm

51
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka 31 Ogos yang dijadual bermula seawal 6.00 petang  akan dirasmikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Haji Juhar Haji Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah 2024 Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata sambutan pada tahun ini amat signifikan kerana ianya diraikan satu tema dengan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.

“Orang ramai khususnya di sekitar daerah ini dan kawasan berhampiran adalah dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Sabah 2024,” ajak Dr Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah.

Dr Jeffrey ketika temubual

Dr Jeffrey menjelaskan, konsep Sambutan Hari Sabah memberikan ruang untuk menerima perubahan ketara kerana buat pertama kali Hari Sabah disambut bersamaan Hari Kebangsaan.

Tegas Dr Jeffrey, perubahan itu juga memberi kesedaran tentang maksud kemerdekaan iaitu bebas dari penjajahan.

Dr Jeffrey berharap sambutan itu akan memberi impak dan kesedaran kepada rakyat terutama sekali bagi memperbetulkan sejarah yang tercicir seperti apa yang berlaku dengan dokumen MA63 dan Proklamasi Malaysia 16 September 1963.

Dr Jeffrey berkata demikian ketika ditemui selepas sesi temubual bersama SABAHfm dan rakaman segmen Kami Bah Ini! (KBI) di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini.

Dr Jeffrey seterusnya menjelaskan, sempena sambutan itu, pelbagai program diadakan sepanjang 24-31 Ogos.

“Antaranya konsert, pameran bersejarah, ceramah kemerdekaan, tamu-tamu, perarakan kereta berhias dan banyak lagi. Oleh itu, semua dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Hari Sabah pada kali ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Jeffrey meminta generasi muda menggunakan peluang kemerdekaan untuk memainkan peranan agar Sabah dan Malaysia lebih maju.

“Generasi muda perlu tahu sejarah dan mereka juga perlu belajar daripada sejarah tentang perjuangan untuk kita yang ada sekarang ini.

“Semoga generasi muda dapat menggunakan peluang ini supaya Sabah dan Malaysia lebih maju dan potensi-potensi kita dapat diusahakan untuk kemakmuran negara kita,” katanya.

Pada waktu yang sama Dr Jeffrey juga menjemput orang ramai untuk hadir ke sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang akan disambut pada sebelah pagi hari yang sama. – Sabah Media

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), terus memperluas rangkaian akademiknya di peringkat serantau melalui...

Load More
Next Post
PPIB kendali mesyuarat MALDEC pertama di Borneo

PPIB kendali mesyuarat MALDEC pertama di Borneo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.