Sunday, May 18, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Maulidur Rasul 1445H: Lebih seribu umat Islam Labuan sertai perarakan

by borneo-editor
October 23, 2023
in Malay
0
Maulidur Rasul 1445H: Lebih seribu umat Islam Labuan sertai perarakan

PERARAKAN… Simsudin (ketiga kiri) bersama Rithuan dan Sharidah serta ketua ketua jabatan dan umat Islam ketika sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M peringkat Labuan.

10
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Lebih  seribu umat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M di Dataran Labuan Sabtu lalu.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman menyempurnakan majlis perasmian sambutan itu.

“Sambutan yang disertai pelbagai lapisan masyarakat  Islam itu   turut menjayakan kempen memperjuangkan hak kebebasan Palestin, selain berselawat ke atas junjungan  besar Nabi   Muhammad SAW sepanjang perarakan,” katanya.

Hadir sama pada majlis yang bermula 7.30 pagi itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Puan Sharidah Zainal Abidin.

Sebanyak 68 kontinjen membabitkan wakil agensi kerajaan,  kampung, swasta dan NGO, sekolah menengah dan rendah, Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta Badan  Beruniform menyertai perarakan sejauh 2.5 kilometer itu.

Sementara itu, Kontinjen Perbadanan Labuan dan Kampung Pohon Batu muncul johan bagi kategori agensi kerajaan dan kampung sekaligus menerima hadiah  berupa wang tunai dan sijil.

Kedua-dua  kontinjen berkenaan masing-masing  turut merangkul dua kategori iaitu perarakan dan sepanduk.

Selain mengekalkan johan perarakan sembilan kali, kontinjen Kampung Pohon Batu yang diketuai Haryadi Omar meraih  kemenangan kontinjen terbaik untuk menerima hadiah RM1,000.

Kontinjen Paling Ramai dimenangi Patau-Patau Dua.  

Sementara itu, kontinjen Jabatan Kastam DiRaja (KDRM) dan Majlis Belia Labuan (MBL) masing-masing muncul johan sepanduk kategori Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO.

Bagi kategori sekolah menengah dan IPT, johan sepanduk dimenangi UMSKAL, manakala  bagi kategori  Sekolah Rendah dan Sekolah Rendah Agama (SRA), hadiah johan dimenangi KAFA Zon 3. – Oleh JAINUDIN DJIMIN

JOHAN BERGANDA…. Kontijen Pohon Batu  bersama hadiah yang dimenangi.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey

Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.