Wednesday, June 24, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Malakun dilantik pemegang Kursi Kadazan Dusun UMS

by borneo-editor
September 12, 2023
in Malay
0
Malakun dilantik pemegang Kursi Kadazan Dusun UMS

Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan antara yang terawal menerima makluman pelantikan Datuk Clarence

397
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

PENAMPANG: Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun menjadi tokoh masyarakat pertama memegang Kursi Kadazan Dusun Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Malakun yang juga Konsul Kehormat Romania di Sabah mengesahkan telah menerima hantaran pelantikan tersebut dari pegawai utama UMS untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Sept tahun ini.

“Saya akan memulakan tugas dengan mendengar taklimat tentang fungsi kursi tersebut khususnya dalam melaksanakan kajian dan penerbitan berkaitan masyarakat Anak Negeri Sabah,” katanya.

Turut dinyatakan dalam kandungan surat pelantikan ialah Malakun diberi gelaran ‘Profesor’ sepanjang tempoh bertugas sebagai pemegang Kursi Kadazan Dusun UMS.

Kursi tersebut diperkenalkan tahun 1999 ketika Tan Sri Bernard Giluk Dompok menjadi Ketua Menteri Sabah dengan suntikan dana penyelidikan RM2 juta dari Kerajaan Negeri.

Kemudian kursi tersebut dipegang oleh ahli akademik Prof. Dr. Jaqueline P. Kitingan dan disusuli Prof. Madya Dr. Andreas Totu.

Malakun dari Kg Limbanak merupakan graduan dari United Kingdom yang pernah berkhidmat dengan syarikat multinasional, pegawai daerah dan setiausaha tetap kementerian sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Sebagai ahli politik bermula 1985, Malakun pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah dan pengerusi eksekutif Sabah Forest Industries (SFI).

Setelah meninggalkan kerjaya politik 20 tahun lalu, Malakun pernah dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).

Dalam menumpukan perniagaan sekarang, Malakun terus diberi kepercayaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah University College Sabah Foundation (UCSF).

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

UMS Laksana Misi Pengantarabangsaan Akademik di Bangkok, Thailand

UMS Laksana Misi Pengantarabangsaan Akademik di Bangkok, Thailand

by borneo-editor
June 24, 2026
0

BANGKOK, 24 Jun 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui penerokaan kerjasama akademik bersama dua institusi...

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

Duta Malaysia Sokong Usaha UMS Teroka Penawaran Kursus Bahasa Thai

by borneo-editor
June 22, 2026
0

BANGKOK, 22 Jun 2026 – Kedutaan Besar Malaysia di Thailand bersedia memudah cara usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh jaringan...

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

Cabaran Ekonomi Global Tidak Jejas Penganjuran Karnival Keusahawanan APK UMS

by borneo-editor
May 23, 2026
0

KOTA KINABALU: Cabaran ekonomi global yang melanda dunia ketika ini tidak menjejaskan penganjuran Karnival Keusahawanan Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) Universiti...

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Load More
Next Post
Kelab Hoki Labuan rangkul kejuaraan di Miri, Sarawak

Kelab Hoki Labuan rangkul kejuaraan di Miri, Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.