Sunday, May 25, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

‘Peduli Rakyat’ bukan program bermusim, kata Mohd Rafi

by borneo-editor
June 16, 2023
in Malay
0
‘Peduli Rakyat’ bukan program bermusim, kata Mohd Rafi

Program Peduli Rakyat UMNO Labuan kepada keluarga yang akan mengadakan majlis perkahwinan di Kg Durian Tunjung.

27
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Program Peduli Rakyat yang dilancarkan awal Mei lalu akan dilaksana secara berterusan dan bukannya bermusim sekali gus menjadikannya program tetap UMNO Bahagian Labuan.

Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata program sumbangan beras itu meliputi semua golongan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta fahaman politik.

“Saya yakin program ini akan dapat membina semula kebangkitan UMNO untuk membela nasib rakyat khususnya di pulau ini.

“Sehingga hari ini lebih 7000kg (700 kampit) beras telah disumbangkan kepada golongan sasar yang diselaras Sekretariat Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat untuk  pasangan yang akan  melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Mohd Rafi menambah, Sekateriat Keagamaan dan Khairat Kematian pula menyelaras sumbangan kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Perwakilan UMNO Bahagian Labuan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di PWTC, baru-baru ini.

Jelas beliau, program itu akan ditambah baik dari masa ke masa bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif.

“Program ini telah diterima baik oleh pelbagai lapisan rakyat dan saya akan berbincang dengan Seketariat Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat supaya agihan beras dapat diturunkan ke peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Ini secara tidak langsung memberi ruang setiap sayap melaksanakan program turun padang setiap bulan dan seterusnya mengenali serta memahami nadi rakyat akar umbi secara bersemuka,” katanya.

Program Peduli Rakyat sumbangan beras adalah idea Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan yang ingin bersedekah sebanyak 100 kg (10 kampit) beras kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Manakala 50kg (5 kampit) beras disedekahkan kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian.

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Seribu tangki air bantu rakyat Labuan hadapi krisis air

Seribu tangki air bantu rakyat Labuan hadapi krisis air

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.