Wednesday, March 18, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

STAR mampu beri kemenangan GRS bertanding DUN Melalap

by borneo-editor
May 16, 2023
in Malay
0
STAR mampu beri kemenangan GRS bertanding DUN Melalap

Linggu (tengah) dan rombongan bersama STAR Bahagian Melalap.

139
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TENOM: Sokongan masyarakat majmuk kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah di sini mampu memberi kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu berkata parti itu akan mengusulkan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk meletak STAR bertanding di Melalap berdasarkan sokongan pengundi kepada parti itu dari dahulu sehingga sekarang.

“Bahagian STAR Melalap ada peluang cerah untuk memperoleh sokongan masyarakat majmuk (untuk menang pilihan raya),” katanya.

Linggu yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menambah, struktur kepimpinan STAR Melalap yang lebih teratur dan kuat mampu mengekalkan sokongan parti itu yang kian bertambah akhir-akhir ini.

Menurut Linggu, dalam beberapa pilihan raya lalu, sokongan yang diperoleh STAR sebagai calon pembangkang di kawasan Parlimen Tenom serta DUN Melalap amat memberangsangkan.

“Kita dapati sokongan asal akar umbi STAR di Melalap tidak goyah, malahan penyertaan ahli-ahli baharu kian bertambah,” kata Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Linggu berkata demikian dalam mesyuarat khas STAR Bahagian Melalap yang turut dihadiri Pemangku Timbalan Presiden Datuk Kapitan Stephen Teo, Naib Presiden Dr Paul Porodong yang juga Pengarah Strategi STAR dan Ahli Majlis Tertinggi Eddy Linggu.

Hadir sama mantan Senator Datuk Dr Lucas Umbul dan mantan calon STAR Melalap Jimmy Jawatah yang kini menjawat Penolong Pegawai Daerah Luar Bandar Tenom.

Linggu menegaskan, hasrat STAR mewakili GRS bertanding kawasan DUN Melalap adalah semata-mata mahu memastikan rakyat kawasan itu menikmati apa yang dinikmati kawasan-kawasan lain yang diwakili pemimpin kerajaan.

Dalam mesyuarat khas itu, Timbalan Ketua Bahagian Julianus Cyriacus dinamakan Pemangku Ketua Bahagian menggantikan mantan Ketua Bahagian yang telah meletak jawatan.

Linggu berharap jawatankuasa bahagian itu dapat melaksanakan fungsi sehingga pemilihan kepimpinan baharu dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan awal tahun hadapan.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Load More
Next Post
Dr Jeffrey terima kunjungan dua belia KL sertai STAR

Dr Jeffrey terima kunjungan dua belia KL sertai STAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.