Monday, May 19, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dr Jeffrey terima kunjungan dua belia KL sertai STAR

by borneo-editor
May 16, 2023
in Malay
0
Dr Jeffrey terima kunjungan dua belia KL sertai STAR

Teng (kanan) bersama Kek selepas pertemuan dengan Dr Jeffrey.

72
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KUALA LUMPUR: Sokongan masyarakat berbilang kaum kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menyerlah dengan kehadiran dua belia kelahiran Semenanjung Malaysia menemui Presiden Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.

Teng Jia Hao @ Joe, 27, bersama rakan Jefri Kek yang mengendalikan perniagaan berpangkalan di Kuala Lumpur menemui Dr Jeffrey selesai Konvensyen Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia di sini.

“Kami telah mengemukakan borang keahlian STAR dan berharap selepas ini kami dapat membantu parti khususnya Dr Jeffrey selaku pemimpin utama Sabah menerusi khidmat bakti di Kuala Lumpur,” kata Teng.

Teng menjelaskan, pihaknya memiliki rangkaian maklumat dengan masyarakat Sabah di Semenanjung, tambahan pula rakannya Jefri Kek yang kini berkecimpung dalam sektor binaan pernah mengendalikan perniagaan di Sabah.

Menurut Teng, rangkaian maklumatnya dengan masyarakat Sabah di sini menunjukkan terdapat keperluan menemui mereka dengan lebih kerap untuk mengadakan perbincangan.

Teng, kelahiran Negeri Sembilan mahu memanfaatkan penglibatan korporatnya dalam sektor penempatan pekerjaan penghuni penjara, pengangkutan pelajar Orang Asli, latihan kepada ibu tunggal serta khidmat hostel untuk membantu golongan memerlukan.

Sebelum mengendalikan perniagaan sendiri, Teng lulusan MBA (Ulster University Belfast, UK), BBA in Digital Marketing (University of Birmingham, UK) dan Foundation (INTI University, Nilai) merupakan Advance Manager (HSBC Bank) dan Business Development and Director (Kurnia Suria Adventure Sdn Bhd).

Selaku belia aktif sukan karate, Teng yang gemar mengembara juga suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk memahami budaya dan kehidupan.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pemangku Timbalan Presiden Datuk Kapitan Stephen Teo, Setiausaha Agung Datuk Edward Linggu dan Naib Presiden Dr Paul Porodong yang juga Pengarah Strategi STAR.

Dr Jeffrey bersama Teng (kedua kanan), Kek, Linggu dan Stephen.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Linggu: Autonomi perluas utiliti tenaga, air dan telekomunikasi

Linggu: Autonomi perluas utiliti tenaga, air dan telekomunikasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.