Thursday, April 2, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
in Malay
0
Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Siri 1 dari 10 Bicara Adat dalam kolum Asia Times 31-1-2026

130
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Siri 1/10
Oleh Dr. Henry Bating

UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam kalangan masyarakat pribumi. Undang-Undang Adat mempunyai kesan perundangan terhadap kehidupan sosial, ekonomi serta budaya dalam suatu masyarakat.

Dalam konteks Sabah, undang-undang adat wujud dan berfungsi sebagai satu cabang penting dalam sistem perundangan majmuk Malaysia, di samping undang-undang sivil dan undang-undang Islam.

Konsep pluralisme perundangan ini membolehkan adat diiktiraf dan diamalkan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang bertulis dan prinsip keadilan sejagat (Hooker, 1976; Wan Arfah Hamzah, 2018).

Dari sudut sejarah, pentadbiran undang-undang adat di Sabah bermula secara tersusun sejak era pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan seterusnya ketika pentadbiran kolonial British. Pada masa itu, ketua-ketua adat dan pemimpin komuniti tempatan diberi kuasa untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan. Biasanya pertikaian timbul dalam hal kekeluargaan, tanah dan kesalahan lain yang melanggar adat. Penyelesaian dijalankan melalui mekanisme tradisional.

Peranan perundangan adat terus diperkukuhkan melalui penggubalan ordinan dan enakmen negeri selepas kemerdekaan sebagai kelanjutan dari sistem kolonial British. Perundangan adat dikendalikan menerusi Mahkamah Anak Negeri sebagai institusi kehakiman adat rasmi di Sabah (Hooker, 1972; MHEANS, 1991).

Dalam kerangka perlembagaan, undang-undang adat diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem perundangan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan “undang-undang” secara luas yang merangkumi undang-undang bertulis, common law dan adat, manakala hal ehwal adat dan Mahkamah Anak Negeri diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Pengiktirafan tersebut membolehkan undang-undang adat terus diamalkan, tertakluk kepada keselarasan dengan undang-undang bertulis dan perlindungan hak asasi manusia (Malaysia, 2020; SUHAKAM, 2013).

Secara keseluruhan, undang-undang adat di Sabah bukan sekadar warisan budaya, malah merupakan instrumen perundangan yang berfungsi untuk mengekalkan keharmonian komuniti, menyelesaikan konflik secara restoratif dan memperkukuh identiti masyarakat anak negeri dalam kerangka negara moden. – Penulis adalah Pensyarah Kanan di PPIB UMS dan Perunding Akademik MHEANS

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.