Sunday, February 15, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Perolehan 25 peratus ekuiti Petronas percepat pembangunan Sabah: Linggu

by borneo-editor
April 27, 2023
in Malay
0
Perolehan 25 peratus ekuiti Petronas percepat pembangunan Sabah: Linggu

Linggu (kanan) bersama Jimmy dan Stephen (kiri).

35
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Perolehan 25 peratus ekuiti Sabah dalam Petronas Chemical Fertilizer Sabah Sdn Bhd (PC FSSB) akan dapat mempercepat tiga teras pembangunan Sabah di bawah dasar Sabah Maju Jaya (SMJ).

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Edward Linggu berkata peratusan ekuiti itu merupakan salah satu dari lima pemboleh daya pencapaian tempoh lima tahun SMJ 2021-2025.

“Peratusan ekuiti tersebut merupakan salah satu kepentingan Sabah dalam Petronas yang kita perjuangkan selama ini,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Linggu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menyatakan demikian sebagai menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor tentang perolehan Sabah ke atas ekuiti dalam Petronas itu.

Linggu optimis dengan perolehan ekuiti itu, Sabah akan dapat melonjak sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan beserta kemudahan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.

Menurut Linggu, Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Hajiji dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini berada di landasan yang jelas dan mula mencapai seperti apa yang telah diperoleh Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Linggu seterusnya menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan berterusan media dalam menyebarkan maklumat berkaitan usaha Sabah menuntut hak kewangan Persekutuan di bawah MA63.

“Media memainkan peranan penting dalam mengetengahkan suara rakyat Sabah sehingga didengar pemimpin Persekutuan,” katanya dalam pertemuan dengan Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Jimmy Goh.

Hadir sama Pemangku Timbalan Presiden STAR Datuk Stephen Teo yang juga Penasihat KKJA.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Tiga pelumba basikal Labuan masuk pemilihan wakil SUKMA Sabah

Tiga pelumba basikal Labuan masuk pemilihan wakil SUKMA Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.