Friday, September 5, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Mantan PPD Keningau ketuai lima kampung sertai STAR Sook

by borneo-editor
April 27, 2023
in Malay
0
Mantan PPD Keningau ketuai lima kampung sertai STAR Sook

Masly (kanan) ketika menemui Ellron.

801
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

SOOK: Mantan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip bersama 30 penduduk lima kampung di sini mengemukakan borang keahlian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah pada Selasa.

Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Menteri Belia dan Sukan ketika menerima borang keahlian baru itu mengalu-alukan penyertaan bekas ahli pelbagai parti itu dan berharap lebih ramai menyusul jejak mereka.

“Penyertaan ahli-ahli baru ke dalam STAR akan membawa idea-idea baru kepada parti bagi meremajakan serta mengukuhkan parti yang juga anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook.

Borang-borang keahlian yang diserahkan Masly adalah dari Kg Nukakatan, Kg Terlobou Baru, Kg Johan Jaya, Kg Malima dan Kg Binuou Tengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook.

Majlis penyertaan ahli-ahli baru STAR berlangsung di kediaman Ellron di Kg Biah Tengah. Hadir sama Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sook, Abraham Angkimo.

Dalam ucapannya, Masly menyatakan beliau beserta rakan-rakan menyertai STAR kerana yakin dengan perjuangan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Parlimen Keningau.

Masly menegaskan keputusan mereka memilih STAR Sabah juga didorong sentimen politik Sarawak yang kini merupakan antara pemangkin utama perjalanan politik kebangsaan.

Katanya, mereka juga yakin dengan kewibawaan Ellron selaku ADUN Sook dan Menteri Kabinet Sabah untuk membawa perubahan dan pembangunan di kampung-kampung mereka.

Ellron (tengah) menerima 30 borang keahlian STAR dari Masly beserta penduduk lima kampung.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
Gani johan cucul Pohon Batu, diikuti 20 peserta

Gani johan cucul Pohon Batu, diikuti 20 peserta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.