Thursday, November 6, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Gani johan cucul Pohon Batu, diikuti 20 peserta

by borneo-editor
April 26, 2023
in Malay
0
Gani johan cucul Pohon Batu, diikuti 20 peserta

Dasuki (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada Gani diiringi Hariadi (dua kiri).

79
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Seramai 20 peserta Pertandingan Bercucul ‘Cahaya Syawal’ Tertutup Kg Pohon Batu 2023 anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Masjid Al-Munawar dan Persatuan Belia Pohon Batu (GABPOBA).

Penyelaras program Nizam Kasmat, berkata penilaian pertandingan dilaksanakan pada malam melihat anak bulan 20 April lalu manakala penyampaian hadiah diadakan 22 April (1 Syawal) selepas solat Aidilfitri di Masjid Al-Munawar Kg. Pohon Batu.

“Ini merupakan program tahunan Kampung Pohon Batu yang menjadi tradisi setiap tahun bagi memeriahkan dan menyemarakkan kedatangan bulan Syawal,” katanya.

Beliau seterusnya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan itu beserta sumbangan yang diberikan.

Antaranya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pohon Batu, Masjid Al-Munawar, Majlis Belia Labuan (MBL) dan Sumisaujana TCM Chemicals Sdn Bhd.

“Kami berharap tahun depan pertandingan ini ditingkatkan dengan pertambahan kategori baharu agar suasana di kampung bertambah meriah.

“Selain itu, kita juga berharap program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung, seiring dengan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Pertandingan itu menyaksikan Gani Buyong muncul sebagai johan untuk menerima hadiah wang tunai RM500. Tempat kedua dan ketiga dimenangi Jaludin Salam dan Nusiah Bassman, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300 dan RM200.

Manakala pemenang keempat dan kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100 dan saguhati lain menerima hamper bernilai RM50.

Nizam berkata penilaian itu adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu Aspek Kreativiti, keceriaan, Susun Atur dan Kekemasan di samping pintu gerbang.

Hadir sama Pengerusi KRT Pohon Batu Dasuki Zainal dan Pengerusi Masjid AlMunawar Pohon Batu Hariadi Omar.  – JAINUDIN DJIMIN

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Star Kuala Penyu perkenal calon pilihanraya – Walther Philip Michael

Star Kuala Penyu perkenal calon pilihanraya – Walther Philip Michael

by borneo-editor
November 6, 2025
0

KUALA PENYU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah memperkenalkan Walther Philip Michael sebagai calon Pilihan Raya Negeri Sabah DUN Kuala...

Star pertahan kuasa rakyat, utamakan calon tempatan Karambunai

Star pertahan kuasa rakyat, utamakan calon tempatan Karambunai

by borneo-editor
November 6, 2025
0

KARAMBUNAI (Kota Kinabalu): 5 Nov 2025 — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menegaskan komitmennya untuk memastikan kawasan DUN Karambunai...

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Load More
Next Post
Datuk Stephen Teo dilantik Penasihat Persatuan Wartawan Kota Kinabalu

Datuk Stephen Teo dilantik Penasihat Persatuan Wartawan Kota Kinabalu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.