Tuesday, May 20, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

UMNO Labuan tetap turun padang walau kalah PRU

by borneo-editor
April 16, 2023
in Malay
0
UMNO Labuan tetap turun padang walau kalah PRU

Sumbangan untuk warga emas

160
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan tetap meneruskan perkhidmatan kepada rakyat melalui konsep turun padang walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Ketua Bahagiannya Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan berkata, walaupun UMNO kalah PRU tetapi kasih sayang UMNO kepada rakyat tidak akan berkurang.

“Kita kalah Pilihan Raya tetapi masalah rakyat akan terus UMNO perjuangkan dan hari ini kita turun bantu rakyat melalui Program Ziarah Kasih Ramadan di seluruh Labuan.

“Kita terima hakikat kekalahan kita tetapi tanggungjawab kepada rakyat akan tetap kita jalankan dan gelombang baju merah di setiap cawangan juga akan kita teruskan demi membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan UMNO Labuan dan Penyampaian Sumbangan Kepada Golongan Asnaf, Anak Yatim serta Pelajar Tahfiz di sini semalam.

Selain itu, beliau turut mengambil pendekatan baharu dalam menarik sokongan anak muda yang menjauhi UMNO pada PRU yang lalu.

“Kehilangan kerusi UMNO di Labuan kerana kita kalah dalam saluran pengundi muda  hampir di semua Pusat Daerah Mengundi  oleh itu UMNO perlu rapat dengan semua pihak terutama pertubuhan belia.

“Saya lantik Ahli Parlimen Belia Labuan dan Presiden Majlis Belia Labuan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian bagi langkah awal  Barisan Nasional kembali mendekati anak-anak muda di Labuan,”katanya lagi.

Tambahnya, beliau turut mengarahkan Ketua- Ketua Cawangan UMNO untuk melaksanakan ‘pemutihan’ senarai ahli kerana UMNO Labuan lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti ahli parti. 

 Pada majlis itu, seramai 134 orang asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz menerima bantuan selain 500 lagi penerima bantuan melalui Program Ziarah Kasih Ramadan yang sedang dilaksanakan di semua Cawangan UMNO di Labuan.

Mohd Rafi beri bantuan kepada pelajar tahfiz
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
LIGS agih Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 86,617 pekebun kecil

LIGS agih Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 86,617 pekebun kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.