Monday, September 1, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Delegasi Budaya Sarawak Perkukuh Hubungan dengan Orang Asal Sabah

by borneoadmin
March 3, 2023
in Malay
0
2
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menyifatkan kehadiran rombongan 72 Dayak Sarawak di mana 60 dari mereka memakai ‘Sirat’ sebagai menambahkan lagi warna-warni pelancaran Kaamatan tahun ini.

“Kehadiran mereka ke Sabah menunjukkan perkaitan kukuh budaya kesyukuran tuaian padi yang mana di Sabah disambut melalui Kaamatan manakala di Sarawak melalui Gawai,” katanya yang juga Pengerusi Penganjur Kaamatan Peringkat Negeri.

Dayak Sarawak di Batu Sumpah Keningau.
Atama menyambut rombongan Peter John Jaban di Tambunan.

Sebaik tiba di Tambunan, rombongan yang diketuai Peter John Jaban itu disambut oleh Atama Katama, Duta Budaya Pertubuhan Antarabangsa Dayak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rombongan berkenaan kemudian berarak ke Taman Pisompuruan untuk mengetahui elemen budaya di Monumen Gombunan dan Tamadon.

Ketika bercakap kepada rombongan, Atama menyambut baik kehadiran mereka dengan menyifatkannya sebagai suatu ikatan persahabatan dengan delegasi Sarawak yang melibatkan wanita dari Miri, Sibu, Lundu dan Kuching.

Di pintu masuk Memorial Tambunan, rombongan Sarawak dan Sabah disambut hangat dengan irama gong Tambunan.

“Bobolian dari MOPOT turut menjemput rombongan ke monumen untuk memberi penghormatan tradisi ke atas ketokohan Gombunan dan Tamadon bagi menghargai sejarah Tambunan,” kata Atama.

Program diteruskan dengan majlis hidangan sireh pinang, menyedut tembakau tradisional dan minum lihing sebagai simbol perpaduan orang asal Sabah dan Sarawak yang kemudian diikuti madah laungan kepahlawanan tradisi.

Terdahulu, rombongan berkenaan yang berarak berkaki ayam dengan pakaian penuh tradisi disambut ratusan masyarakat Murut di Tenom ke venue yang dihoskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang.

Kemudian rombongan itu mengunjungi Batu Sumpah Keningau sebagai sebahagian daripada pembelajaran budaya tentang sejarah perjuangan orang asal Sabah di Keningau ketika pembentukan Malaysia.

Rombongan berkenaan disertai orang ramai dan dikawal para anggota polis untuk menjamin keselamatan selama berada di daerah-daerah pedalaman,” kata Atama.

Rombongan budaya itu dijadual meneruskan lawatan dua hari ke Penampang di mana penduduk Kipouvo menyaksikan persembahan tarian, muzik, hidangan tradisional orang asal Sarawak dan tato suku etnik sebelum balik ke Miri 4 Mei.

Lawatan empat hari ke Sabah itu dilaksanakan atas restu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Kesenian Sarawak Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

borneoadmin

borneoadmin

Related Posts

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Load More
Next Post
Susuzan Kapaabalan Boos Dotokou Doid Suat Abal Ngavi

Susuzan Kapaabalan Boos Dotokou Doid Suat Abal Ngavi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.