Tuesday, March 10, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
in Malay
0
PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

Prof. Datuk Dr. Ismail Ali dan Dr. Budi Anto Mohd. Tamring mengagihkan duit raya kepada penerima di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, Ranau.

1
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program Penyerahan Sumbangan Warga PPIB dan CSR Ramadan 2026 di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, Ranau, 8 Mac lalu.

Dekan PPIB, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali, yang mengetuai rombongan penyerahan sumbangan berkata, program berkenaan merupakan inisiatif tahunan yang memberi peluang kepada warga PPIB dan UMS untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan.

“Program sumbangan warga PPIB ini merupakan sebahagian daripada inisiatif libatsama komuniti dan tanggungjawab sosial korporat tahunan kami. Ramadan memberi peluang kepada warga PPIB dan UMS untuk menghulurkan bantuan kepada individu yang kurang berkemampuan serta yang memerlukan,” katanya.

Dr. Ismail seterusnya menegaskan, program itu juga menjadi platform memperkukuh hubungan di antara universiti dan komuniti setempat melalui aktiviti libatsama masyarakat.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang serta ahli jawatankuasa pelaksana yang menjayakan program tersebut.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penyumbang serta jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semangat kebersamaan dan keprihatinan seperti ini wajar diteruskan,” katanya.

Pada majlis sama, Prof. Datuk Dr. Ismail turut mengumumkan komitmen peribadi untuk menyalurkan sumbangan bulanan sebanyak RM1,000 kepada pusat jagaan tersebut bermula Mac 2026 bagi membantu menampung keperluan penghuni.

Program berkenaan melibatkan rombongan 20 kakitangan PPIB yang terdiri daripada pensyarah, guru bahasa dan kakitangan pentadbiran serta empat ahli keluarga warga PPIB.

Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik PPIB, Dr. Budi Anto Mohd. Tamring, yang juga penasihat program berkata inisiatif CSR Ramadan yang diketuai oleh Dr. Masyella Masbaka berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM4,750 daripada kakitangan dan ahli keluarga warga PPIB.

Katanya, sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, ayam, mi serta makanan keperluan lain, selain pemberian duit raya kepada penerima asnaf.

Barangan keperluan itu diagihkan kepada penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, yang menempatkan 46 anak yatim berumur antara lima hingga 18 tahun, selain diselia oleh sembilan kakitangan pengurusan pusat tersebut.

Program berkenaan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai individu yang berkemampuan dapat mengambil peluang beribadah dan melipatgandakan amalan melalui aktiviti kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

Rombongan PPIB sebelum berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Kg Silad, Ranau.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.